Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan
untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T Selawat dan salam kita panjatkan buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW , barisan pimpinan khulafa’
Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam
mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi
pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur
rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff : 4).
Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang
mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat
dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Maka Islam telah
menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini,
akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal
untuk selama-lamanya. Medan yang paling selayaknya untuk menterjemahkan tugasan
ini adalah medan kepimpinan.
Melihat kepada kepentingan untuk mengembalikan identiti
akhlak Islamiyah di kalangan masyarakat yang semakin meruncing kebelakangan
ini, maka ia menjadi salah satu kewajipan supaya penghayatan Islam kembali
segar di kalangan masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan kader-kader yang sanggup
mewarisi perjuangan ini.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-45 yang telah berjaya
dilangsungkan baru-baru ini, KPIPM telah mencatat sejarah dengan ianya
dilangsungkan di luar Wisma Darul Ridzuan. Tahniah kepada barisan AJK
Pelaksana.
Mesyuarat berlangsung dengan baik dan Ia juga melihatkan
komitmen dari ahli KPIPM yang prihatin di dalam segala isu yang berlaku. KPIPM
berharap agar segala komitmen tersebut berkekalan dan meningkat dari satu masa
ke satu masa yang lain.
Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini, dua usul
yang telah disepakati untuk direalisasikan bagi kepimpinan sesi 2011/2012 iaitu
:
1.
“ Memperkasakan badan
hisbah bagi menigkatkan kualiti Bi’ah Solehah”.
2.
“ Membina generasi
pelapis dalam meneruskan kesinambungan survival KPIPM”.
Pihak kepimpinan sesi 2011/2012 akan berusaha sedaya upaya
untuk menjalankan dua usul yang telah disepakati tersebut. Namun di sana
kebersamaan ahli di dalam merealisasikan dua usul tersebut juga amat dihargai
bersama.
Pimpinan sesi 2011/2012 juga ingin menekankan kepada 5 item
penting yang sudah menjadi pegangan KPIPM iaitu :
1.
Fikrah – Menanam
pemikiran yang jelas dikalangan ahli bagi menigkatkan syakhsiah diri.
2.
Thaqafah – Memperkasakan
ilmu dan amal berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
3.
Ukhuwah – meribat
ukhuwah bagi mengukuhkan kesatuan ahli.
4.
Kebajkan – mengutamakan
kebajikan agar kepentingan ahli terpelihara.
5.
Ekonomi – mengukuhkan
ekonomi bagi meneruskan kelangsungan survival KPIPM.
Pihak kepimpinan pada sesi kali ini cukup optimis kepada
seluruh ahli KPIPM akan bersama-sama menjayakan kelima-lima item tersebut bagi
memastikan KPIPM terus terkehadapan dari segala sudut.
Semoga KPIPM berkekalan menjadi medium kesatuan Islam bagi
anak-anak Perak di bumi Mesir ini. Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah
S.W.T akan diberikan ganjaran olehNya iaitu redha Allah S.W.T.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Yang DiPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012
No comments:
Post a Comment