KAHERAH, 18 September – Tazkirah Jemputan
bersama tetamu Malaysia telah berlangsung selepas Solat Maghrib tadi.
Al-Fadhil Ustaz Nordin bin Jaafar yang kebetulan datang ke
Mesir bersama rombongan mahasiswa/wi baru Terengganu telah dijemput untuk
memberikan sedikit suntikan semangat kepada mahasiswa/wi Perak.
Majlis yang berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi itu
mendapat sambutan hangat dari ahli KPIPM.
Beliau juga telah menyentuh beberapa aspek penting sebagai
mahasiswa yang menuntut ilmu.
“Keberadaan kita di bumi Mesir ini pastinya akan berhadapan
dengan ujian. Ini adalah perkara wajib dilalui oleh penuntut ilmu Allah S.W.T”.
beliau mengingatkan kepada seluruh hadirin.
“Hidup dalam menuntut ilmu tidak dapat tidak memerlukan
kepada jemaah (KPIPM). Kerana di dalam jemaah mengajar kita soft skill di dalam
berdakwah”. Kongsi pengalaman beliau bersama hadirin.
KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz
Nordin bin Jaafar di atas kesudian untuk bersama-sama dengan anak Perak di bumi
Mesir ini. Semoga segala peringatan yang telah disampaikan akan kami manfaatkan
sebaik-baiknya.

0 comments:
Post a Comment