KAHERAH, 28 Sept - Hal Ehwal
Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( HEWI PMRAM ) hari ini
ingin menyatakan rasa kesal diatas penganjuran sebuah program bagi
mempromosikan hotel dengan menjadikan " Miss Bikini World Hawaii"
sebagai logo untuk pengajuran tersebut.
Hal ini memberikan gambaran bahawa masyarakat kini semakin
cetek tahap pemikirannya sehingga aurat perempuan dipertontonkan sewenangnya
tanpa sekelumit bersalah atas tindakan tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan
Pangkor Island Beach Resort, acara ini hanya sekadar untuk mempromosikan Pulau
Pangkor untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu.
Adakah tindakan ini mampu menghalalkan pensyariatan Islam
yang sudah termaktub ianya bercanggah daripada ajaran Islam, ini secara tidak
langsung mencalarkan imej Islam dan menjatuhkan martabat wanita.
Bukan satu keperluan yang penting dalam rangka promosi yang
dilakukan sehingga sanggup menggadaikan cara hidup Islam demi mengaut
keuntungan bahkan ianya sebuah perlakuan yang tidak rasional bagi sebuah negara
Islam seperti Malaysia.
Dalam kenyataan tersebut juga telah dinyatakan " Acara
ini akan diadakan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan ",
persoalannya garis panduan yang mana memberikan peluang untuk perempuan mempertontonkan
susuk tubuhnya dikhalayak ramai tidak kira samada masyarakat tempatan mahupun
luar negara.
“Hal tersebut,pihak kami memandang serius dan seharusnya
lebih diperhalusi akan setiap aktiviti yang dianjurkankan lebih-lebih lagi
membabitkan aurat dan maruah wanita” tegas Saudari Nurain Bt Yaacob,Timbalan
Pegerusi HEWI PMRAM ketika mengulas isu terbabit.
“ Sehubungan dengan itu,di peringkat HEWI PMRAM mendesak
tindakan segera dan mengharapkan kebijaksanaan kerajaan Negeri Perak khususnya
dan kerajaan Malaysia amnya dalam mengambil tindakan sewajarnya kerana ia
membabitkan isu sensitiviti umat dan mencemarkan imej muslimah ”. Jelasnya
mengakhiri perbualan.
sumber : hewipmram55
No comments:
Post a Comment