KAHERAH, 31 Ogos – Rumah
terbuka KPIPM merupakan kemuncak kemeriahan SEMARAK’11.
Majlis
yang bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang itu, dimeriahkan
dengan penampilan DJ KPIPM dengan ucapan-ucapan hari raya daripada tetamu yang
hadir.
Sambutan
Aidilfitri dan Malam Kesenian [SEMARAK ‘11] diteruskan lagi di sebelah malamnya
dengan pengisian ilmiah iaitu Wacana Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan yang
bertajuk “Meredah Tribulasi Generasi Ditranformasi”.
Majlis
yang bermula pada jam 7.30 malam itu telah menampilkan barisan panel yang hebat
di Mesir ini.
Antara
panel yang dijemput ialah Dr. Syafiq bin Hamdani, pengajian tahun lima kuliah Perubatan,
Kaherah. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Perubatan
Pusat.
Panel
kedua pula adalah saudari Huzaifa binti Hassan, pengajian tahun empat Syariah Islamiah,
Kaherah dan manakala panel yang ketiga adalah saudara Nuruddin Zanki bin Hamzah,
pengajian tahun tiga kuliah Usuluddin, Kaherah.
Antara
mesej yang disampaikan adalah “Runtuhkan jahiliah, tingkatkan manhaj
rabbaniah” dan menggalakan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi supaya
menguasai segala ilmu sebelum berhadapan dengan pelbagai tribulasi.
No comments:
Post a Comment