Home » » Nombor Telefon Bimbit Mesir Bertukar Khamis Depan

Nombor Telefon Bimbit Mesir Bertukar Khamis Depan



KAHERAH, 27 September - Lembaga Pengawalseliaan Telekomunikasi Kebangsaan (NTRA) Mesir hari ini mengumumkan penukaran semua nombor telefon bimbit Mesir mulai 6 Oktober, Khamis minggu depan. Penukaran ini dibuat untuk memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit yang semakin meningkat. Statistik bulan Jun menunjukkan 76.43 juta rakyat Mesir menggunakan telefon bimbit, peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun lepas.

Penukaran ini bermakna semua nombor telefon bimbit akan memiliki 11 digit berbanding 10 digit sebelumnya.
Berikut disenaraikan penukaran mengikut jenis operator:
Etisalat
Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 1, menjadi 011.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0152, akan ditukar nombor 5 kepada 1, menjadi 0112.
Mobinil
Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 2, menjadi 012.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0150, akan ditukar nombor 5 kepada 2, menjadi 0120.
Vodafone
Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 0, menjadi 010.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0151, akan ditukar nombor 5 kepada 0, menjadi 0101.
Ketiga-tiga operator di atas diberi masa selama 4 bulan untuk mematuhi sepenuhnya keputusan ini. Sepanjang tempoh tersebut, pengguna telefon bimbit masih boleh menggunakan nombor lama atau terus menggunakan nombor yang telah dipinda.

Respon awal daripada pengguna telefon bimbit adalah rungutan terpaksa mengemaskini nombor-nombor dalam iPhone mereka atau mereka bakal mengalami kesulitan di kemudian hari untuk menghubungi sahabat dan saudara-mara terdekat

Sumber : ahramonline
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger