KAHERAH, 17 September - KPIPM telah mengadakan satu pertemuan bersama mahasiswa/wi baru Perubatan tajaan JPA.
Ini adalah merupakan salah satu ara untuk memastikan mahasiswa/wi Perubatan lebih mengenali Badan Kebajikan Anak Negeri masing-masing.
KPIPM memuji pihak Perubatan Pusat selaku penganjur sesi pengenalan kepada mahasiswa/wi baru perubatan.
"Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mahasiswa/wi perubatan mengenali sendiri 'kampung' mereka di Mesir ini". Ujar saudara Khairul Ashraf Mohd Khir selepas majlis tersebut.
Setelah serba sedikit pengenalan KPIPM diberikan, KPIPM menerima tanda kenang-kenangan sebelum berpisah.
KPIPM mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi yang penuh barakah ini. Semoga kehadiran antum ke bumi Kinanah ini membawa sejuta rahmat kepada seluruh mahasiswa/wi di sini.
0 comments:
Post a Comment