Thursday, November 10, 2011

Tazkirah Ehya’ Al-Jum’ah: Bagaimana Manyentuh Hati



KAHERAH, 10 Nov- Rutin mingguan bagi anak-anak perak berjalan seperti biasa. Begitu juga untuk malam jumaat pada minngu ini. Bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, majlis bacaan yasin yang diketuai oleh Saudara Muhamad Kamal Bin Faudzi dan disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh mantan Ketua Hewi KPIPM, Saudari Norul Aimi Bt Muhammad Razi.

Beliau mengulas serba sedikit daripada kitab karangan ulama’ terkenal Al-Ustaz Abbas As Sisi yang berjudul BAGAIMANA MENYENTUH HATI. Di dalam kitab ini banyak menerangkan bagaimana Ustaz Abbas As Sisi sendiri memaut hati-hati mad’unya. Ini adalah kerana sebagai seorang pendakwah para daie perlu memaut hati mad’unya terlebih dahulu kerana hati adalah kompenan yang penting bagi insan yang bergelar manusia. Dengan hati, manusia tertarik akan sesuatu dan dengan hati juga manusia membenci sesuatu.

Pendakwah ini umpama seorang doktor dan guru. Seorang doktor perlu merawat pesakit yang berbeza-beza begitu juga dengan seorang pendakwah, perlu berdakwah dengan mad’u yang berbeza-beza fikrah,latar belakang dan sebagainya. Dan, sebagai seorang guru perlu mendidik dan mentarbiah anak-anak muridnya, begitu jugalah peranan seorang pendakwah.

Perumpamaan lain  yang diberi kepada pendakwah ini adalah seperti remote control yang boleh mengawal sesuatu walaupun dari jarak tempat yang jauh. Sebagai seorang pendakwah sepatutnya dapat mengubah dan mempunyai talian dengan mad’u walaupun dari jarak yang jauh. Jarak bukannya penyebab terhentinya tugasan dakwah.

Pendakwah juga ibarat pusat jana kuasa elektrik  yang menjadi sumber terpancarnya cahaya pada setiap rumah. Jadi, pendakwah juga perlu memberi cahaya kepada mad’u dengan menyebarkan fikrah yang jelas kepada mereka.

“ Oleh itu, kita sebagai manusia perlu bersyukur dengan anugerah tubuh badan ynag dikurniakan oleh Allah kerana denggan anggota-anggota inilah dakwah dapat dijalankan.”  tegas Saudari Norul Aimi.

 “ Kita perlu mengambil berat mengenai ukhuwah kerana ia adalah asas penting dalam penyebaran dakwah.” Tambah beliau lagi.

Akhirnya beliau menutup  dengan meninggalkan kepada semua dengan kalam yang dipetik dari Imam Hassan Al-Banna iaitu :

“ Perumpamaan kita dalam perjalanan dengan bahtera ini bersama ombak yang mengepung di berbagai penjuru, adalah seperti dakwah kita. Bahtera yang menembus berbagai gelombang, seperti dakwah yang harus melalui banyak rintangan. Kadang bahtera kita oleng ke kanan dan kadang ke kiri dengan hebatnya, hingga kita yang didalamnya merasa khuatir dan gelisah. Lalu kita turunkan layar dan menggantinya dengan dayung.Untuk itu kesulitan dan prjuangan yang harus dihadapi lebih banyak, dan mungkin menyebabkan terlambat beberapa waktu untuk sampai pada tujuan. Namun hal itu lebih baik daripada berhenti dan tidak pernah sampai.”

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...