Kejadian bermula apabila arwah bangun untuk berqiamullail
sekitar jam 3 pagi. Tiba-tiba arwah
terus jatuh pengsan di hadapan sahabat sebiliknya. Melihatkan keadaan tersebut,
arwah terus dibawa ke hospital di Ismailiyah dan meniggal dunia ketika dalam
perjalanan ke sana sekitar jam 3.30 pagi.
Arwah merupakan mahasiswa tahun empat, kuliah Syariah
Islamiah, kaherah dan telah menjadi salah seorang ahli jawatankuasa program kepimpinan PMRAM yang
diadakan di Ismailiyah selama 3 hari bermula 8 November yang lalu.
Sehingga kini, arwah masih berada di Hospital Ismailiyah.
Segala maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa melalui facebook Pmram Cawangan Perak dan http://kpipm64.blogspot.com/
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete