Home » » Kelas Tutorial PMRAM : Kebajikan Akademik Ahli Diutamakan

Kelas Tutorial PMRAM : Kebajikan Akademik Ahli Diutamakan


KAHERAH , 17 Nov - Dalam memastikan kecemerlangan akademik ahli PMRAM terjamin, pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM telah merencanakan untuk mengadakan kelas tutorial berpusat.

Perlaksanaan kelas tutorial ini adalah inisiatif PMRAM untuk membantu mahasiswa tahun 1 dan 2 agar lebih mudah memahami pelajaran kerana masih dalam peringkat permulaan menguasai pelajaran .

Kelas yang telah bermula sejak 15 November sehingga 20 Disember ini juga mendapat kerjasama dari Unit Pendidikan PMRAM cawangan.

2 zon tutorial diwujudkan di Hayyu Sabiek dan Hayyu Asyir bagi memudahkan ahli mengikuti kelas tutorial tersebut.

Kelas tutoial ini juga bertepatan dengan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2011 di bawah subtopik "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

"Kelas tutorial yang disusun ini diharapkan agar dapat membantu ahli membuat persediaan yang jitu seterusnya menempa kejayaan yang gemilang" Ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Ahmad Daniel B Mohmad Hassan.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger