Sunday, November 20, 2011

Keselamatan : PMRAM Akan Terus Membantu Mahasiswa dan Mahasiswi



KAHERAH, 19 Nov - Isu keselamatan kini menjadi isu tumpuan apatah lagi tarikh pilihanraya Mesir semakin hampir iaitu 28 November ini bagi peringkat Dewan Rakyat.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah mengambil tindakan awal dalam memastikan keselamatan bagi mahasiswa/wi Islam sepanjang tempoh pilihanraya Mesir dijalankan, berada dalam  keadaan yang selamat.

Satu jawatankuasa khas, Ops Keselamatan dibentuk bagi memantau setiap isu yang berlaku untuk disampaikan kepada semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir.

Ketua Ops Keselamatan, Saudara Syeikh Mujahid Sikh Nawawi, yang juga merupakan Naib Presiden III PMRAM berkata, di peringkat Ops Keselamatan telah mengedarkan Panduan Keselamatan Semasa semalam (17 November) di setiap premis BKAN dan akan diedarkan kepada setiap premis DPM dalam masa yang terdekat.

"Panduan Keselamatan Semasa ini merupakan inisiatif di peringkat Ops Keselamatan dalam memantau dan memastikan keselamatan mahasiswa/wi kita terjamin. Ia juga seiring dengan Pekeliling Keselamatan yang telah dikeluarkan di peringkat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)," ujar Syeikh Mujahid Sikh Nawawi.

Selain itu, di bawah kelolaan Ops Keselamatan, Unit Hisbah PMRAM akan terus memperkasakan rondaan di kawasan-kawasan yang mempunyai kediaman mahasiswa/wi Islam khususnya di Hayyu Sabik dan Hayyu Asyir.

Begitu juga dengan Unit Kemanusiaan, akan terus menyalurkan info-info dan berita-berita semasa di blog rasmi Unit Kemanusiaan di link www.map2care.blogspot.com

PMRAM menasihatkan semua mahasiswa/wi agar terus berhati-hati dan mematuhi pekeliling keselamatan KBMK dan Panduan Keselamatan Semasa yang telah dikeluarkan oleh Ops Keselamatan.

Sebarang masalah yang timbul, terus hubungi Presiden PMRAM, +20111377181 dan Ketua Ops Keselamatan, +201117402891.

sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM