Monday, November 14, 2011

Jenazah Allahyarham Fareez Izhar Selamat Dikebumikan






KAHERAH, 13 Nov - Pengurusan jenazah Allahyarham Fareez Izhar bin Zainuddin telah selesai dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Sri Kledang, Kaherah pada jam 11.30 malam.

Jenazah allahyarham disembahyang di Dataran Hayyu Asyir, hampir sekitar 600 orang mahasiswa dan mahasiswi yang turut serta dalam solat jenazah allahyarham.

Wakil PMRAM yang terlibat sepanjang pengurusan daripada proses perpindahan keluar daripada Hospital Ismailiah Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman,Naib Presiden III Saudara Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi, Setiausaha Agung Saudara Firdauz Noh, Naib Setiausaha Saudara Nor Halis Syafiq bin Ahmad dan Ketua Penerangan dan Penerbitan Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.

Turut serta pengurusan tersebut wakil daripada Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir antaranya Yang Dipertua KPIPM Saudara Mohammad Omar bin Adam, Pengerusi Penasihat KPIPM Saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khair, AJK Penasihat KPIPM Saudara Muhammad Firdaus bin Aznan, Saudara Hanif bin Musa bersama beberapa orang lagi.

Wakil daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ( KBMK ) Encik Ahmad Latif dan Encik Aswandi bin Laman wakil daripada Education Malaysia Egypt juga turut serta dalam pengurusan hospital dan pengebumian jenazah.

" PMRAM mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang memberi kerjasama yang baik samada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pengurusan dilakukan sehingga proses pengebumian Allahyarham Fareez Izhar bin Zainuddin. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama golongan orang yang soleh" ujar Presiden PMRAM ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM