Wednesday, November 9, 2011

Kunjung Hormat AJK HEWI KPIPM Ke Taratak HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)


KAHERAH,5 Nov – Barisan pimpinan HEWI cawangan Perak telah membuat kunjungan hormat ke Taratak HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di Hayyu Sabie baru-baru ini.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan talian silaturrahim antara kepimpinan cawangan dan kepimpinan pusat bagi memudahkan segala gerak kerja sepanjang sesi ini. Malah, kunjungan ini juga merupakan bukti komitmen Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir  (PMRAM).

Kunjungan yang berlangsung selama hampir satu jam setengah itu dihadiri oleh Timbalan Pengerusi HEWI  dan wakil kepimpinan HEWI PMRAM. Dikesempatan itu juga pihak HEWI KPIPM dapat mengemukakan persoalan dan membincangkan beberapa masalah yang dihadapi.

“Pihak HEWI PMRAM mengucapkan syabas kepada PMRAM cawangan Perak di atas komitmen yang diberikan terhadap PMRAM selama ini. Namun begitu, ini bukan bermakna KPIPM berada dalam situasi yang selasa malah, menjadi tugas yang lebih berat untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi tersebut.” Ujar Timbalan Pengerusi HEWI, saudari Nur Ain Bt Yaacob.

“PMRAM pusat juga berharap kepimpinan HEWI KPIPM perlu mencampakkan perasaan syukur kerana menjadi insan yang bergelar pelajar dan pemimpin.” sambung beliau lagi.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar antara kedua-dua pihak. Semoga ini bukan pengakhiran kunjungan PMRAM Cawangan Perak ke PMRAM pusat, tapi ini menjadi satu permulaan untuk gerak kerja seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM