Home » » Tahniah Kepada Graduan/nita Dan Mahasiswa/wi KPIPM Yang Berjaya Dalam Peperiksaan

Tahniah Kepada Graduan/nita Dan Mahasiswa/wi KPIPM Yang Berjaya Dalam Peperiksaan


KAHERAH, 7 Nov- Usaha yang gigih boleh menghasilkan natijah yang membanggakan. Demikianlah kepada Mahasiswa/wi perak yang telah Berjaya  dalam peperiksaan yang lalu. KPIPM telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Anugerah Cemerlang (MKAC  `11)  bagi meraikan seluruh mahasiswa/wi yang Berjaya mengikut tahun dan bidang pengajian masing-masing.

MKAC `11 KPIPM pada tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Encik Shaiful Anuar Bin Mohd, Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia kaherah (KBMK) selaku perasmi program.



Majlis yang dimulakan ucapan saudara Mohammad omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM diikuti dengan ucapan saudara Mohd Hafizzul Azri Bin Azman,BP angkat PMRAM Cawangan Perak.

“Tahniah diucapkan kepada Mahasiswa/wi  perak yang berjaya beserta tidak dilupakan yang bergelar graduan/nita pada tahun ini. Semoga dengan ilmu yang diperoleh dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di Malaysia InsyAllah”. Ujar Saudara Mohd Hafizzul Azri dalam ucapannya.

Seterusnya, ucapan perasmian oleh Encik Shaiful Anuar Bin Mohd, Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia kaherah (KBMK). “Pihak KBMK tidak pernah membezakan individu yang bergelar rakyat Malaysia di Mesir sama ada yang berdaftar mahupun tidak bersama pihak kedutaan tetapi yang lebih penting adalah kebajikan seluruh rakyat malaysia terjamin di sini” ujar Encik Shaiful Anuar dalam ucapannya.

“Kecemerlangan dari sudut akademik tidak mencukupi tetapi yang lebih penting adalah turut menguasai pengurusan organisasi serta beberapa kemahiran yang lain untuk lebih terkehadapan dalam dunia yang penuh persaingan ini”.Tambahnya lagi.



Kemuncak majlis adalah penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada graduan/nita dan mahasiswa/wi yang Berjaya. Encik Shaiful Anuar Bin Mohd turut menyampaikan hadiah kepada mahasiswa/wi cemerlang dan graduan/nita.

Anugerah khas juga telah diumumkan iaitu Tunas Harapan peringkat pengajian islam disandang oleh Saudara Rumal Shafiq bin Abdul hadi dan Peringkat perubatan disandang oleh Nur Muhammad Ammar bin Abdul Razak. Di sebelah Akhawat, peringkat pengajian islam disandang oleh saudari Rabiah binti Md Ali dan peringkat perubatan disandang oleh saudari Aimi syahirah binti Bahamam.



 Anugerah Graduan Mithali pula disandang oleh saudara Khairul Ashraf Bin Mohd Khir manakala Graduanita Mithali disandang oleh saudari Hurriyyah Binti Abdul Mokti.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid Al-Muhazzirun yang telah menceriakan lagi majlis pada malam itu setelah penyampaian hadiah.

Majlis berakhir dengan jamuan makan untuk seluruh ahli yang hadir pada malam itu.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger