Home » » Bersyukur Di Atas Nikmat PemberianNya

Bersyukur Di Atas Nikmat PemberianNya

KAHERAH, 6 Nov – Aidil Adha tahun ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri buat KPIPM. Sebanyak 4 ekor unta, 33 ekor kambing kampung dan 3 ekor khoruf  berjaya ditumbangkan dan disembelih di perkarangan Wisma Darul Ridzuan A.

Akitivti penyembelihan telah dilaksanakan sejurus selesai solat sunat Aidil Adha yang diadakan  di Masjid Musa anjuran PMRAM.

Kehadiran ahli KPIPM sekitar kaherah, sayyidah zainab dan pelbagai cawangan yang ramai memudahkan lagi aktiviti sembelihan dan melapah setiap binatang yang dikorbankan. Saudara Mohd Aliff  Hadi B. Radzi, Pengarah sambutan Aidil Adha 1432 H ketika ditemui di hari penyembelihan menyatakan rasa syukur kepada Allah diatas segala pemberianNya dengan jumlah binatang korban yang telah dikorbankan tahun ini sangat banyak.

“Mudah-mudahan daging korban ini dapat kita agihkan kepada seluruh anak-anak perak di kaherah ini”. Ujar saudara Mohd Aliff hadi.

Daging yang siap dilapah telah diagihkan kepada seluruh anak-anak perak di sekitar kaherah oleh AJK pelaksana program .

“KPIPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak perak yang telah memberikan komitmen tinggi dalam membantu pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini”. Ujar saudara Mohammad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger