Wednesday, November 9, 2011

KPIPM Mengucapkan Tahniah Kepada Pasangan Pengantin Ghazali Makrof dan Nabilah Ramli


KAHERAH ,  5 Nov – Majlis akad nikah telah berlangsung dengan jayanya di Wisma Darul Ridzuan A. Pasangan pengantin Saudara Ahmad Ghazali Bin Makrof dan Saudari Nabilah Binti Ramli selamat diijabkabulkan pada malam yang penuh barakah 10 Zulhijjah.

Majlis yang penuh pancawarna itu telah dihadiri ramai dalam kalangan ahli KPIPM di seluruh cawangan. Pasangan pengantin telah diakadkan oleh Ustaz Muhd Husni Tamrin, Pegawai HEP Negeri Johor. Antara tetamu yang turut hadir pada malam itu En. Aswandi bin Laman, Pegawai Education Malaysia Egypt(EME) mewakili pihak kedutaan.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan majlis akad nikah berlangsung dengan suasana yang amat menyenangkan”kata Saudara Ghazali ketika selesai majlis akad nikah.

Sejurus selesai majlis akad nikah berlangsung, Majlis Malam Perutusan Aidil Adha Presiden PMRAM telah diadakan seperti yang dirancang.

PMRAM yang diwakli oleh Saudara Mohd Hafizzul Azri Bin Azman, BP angkat PMRAM cawangan Perak telah menyampaikan ucapan seterusnya menyiarkan rakaman video Perutusan Aidil Adha Presiden PMRAM.

“Aidil Adha pada kali ini perlu dihayati  sebaiknya dengan kita meletakkan sifat pengorbanan yang tinggi dalam setiap gerak kerja kita demi memastikan dakwah islamiah itu terus dipertingkatkan”kata Saudara Mohammad Omar, Yang Dipertua KPIPM di penghujung majlis. 



No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM