Friday, November 4, 2011

KPIPM Cakna Agenda Kebajikan Ahli



KAHERAH, 4 Nov – KPIPM sentiasa memandang serius masalah kebajikan dalam kalangan ahli.   Justeru itu, KPIPM melalui Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah telah melancarkan kutipan derma kilat kepada ahli yang telah ditimpa pelbagai musibah.


Pada awal November yang lalu, Saudara Amar Arif Bin Ahmad Poo’ad, ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah telah menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Alif Bin Maheer yang telah mengalami kerugian kira le 300 akibat dompetnya dirampas oleh oleh warga tempatan yang mengakui diri sebagai pihak polis.


Seterusnya, sumbangan kebajikan terus diberikan kepada seorang ahli KPIPM yang berada di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) kaherah sejurus solat jumaat tadi. Saudara Muhammad Haris bin Alias yang telah mengalami patah hidung akibat bermain ragbi. KPIPM telah mengunjungi saudara Muhammad Haris melalui wakil Saudara Amar Arif Bin Ahmad Poo’ad dan Saudara Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Timbalan Yang Dipertua KPIPM.

“KPIPM akan berusaha memastikan agar kebajikan ahli terpelihara, insyAllah.”kata Saudara Amar Arif ketika selesai pemberian sumbangan petang tadi.




No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM