KAHERAH, 2 NOV- Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Center (ACC) menjadi
saksi kepada Anugerah Graduan Mithali & Graduanita Mithali yang disandang
oleh dua orang ahli KPIPM di Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang dianjurkan
oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi meraikan graduan dan
mahasiswa cemerlang.
KPIPM
mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustaz Muhammad Mujahid Bin Muhammad Fadzil,
25 dan Ustazah Nor Ain Binti Yaacob, 23 yang telah menerima Anugerah Graduan/nita
Mithali dan semua anak-anak perak yang mengikuti Majlis Apresiasi Kecemerlangan
PMRAM semalam.
Ustaz
Muhammad Mujahid, graduan Usuluddin Akidah dan Falsafah,Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Beliau berasal dari Ipoh Perak, bapa kepada dua orang anak dan juga mantan
Ketua Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM 06/07, Yang Dipertua KPIPM 08/09 dan
mantan penasihat KPIPM. Sekarang diamanahkan sebagai Ketua Jabatan Fasilitator
PMRAM.
Bagi
penerima Anugerah Graduanita Mithali Ustazah Nor Ain Binti Yaacob ,graduanita, Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Mansurah. Beliau berasal dari Bukit Gantang, Taiping, Perak. Beliau juga selaku Timbalan
Pengerusi Hewi PMRAM 2011 dan mantan Bendahari Hewi 2010.
Kedua-dua
penerima anugerah ini begitu komitmen dengan persatuan dan dalam masa yang sama
dapat meraih kejayaan yang cemerlang di dalam akademik seperti impian semua insan
yang bergelar mahasiswa. Jadi, persatuan bukan alasan untuk seseorang itu tidak
berjaya dan juga bukan penyebab kepada kegagalan seseorang individu.
Semoga
kejayaan mereka menjadi pemangkin kepada semua mahasiswa dan khususnya kepada
anak-anak Perak yang menuntut di Perlembahan Nil ini. SYABAS!!!
No comments:
Post a Comment