Sekretariat
Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh
dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat
Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
Sejak
3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di
bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke
Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Mereka
diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh
oleh orang Rohingya.
Lanjutan
itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua
penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.
Manakala
kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar
semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
Akibatnya
ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh
Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
Setakat
ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak
keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang
diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang
telah terbunuh sementara ramai yang cedera.
Dari
maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya
ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari
yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya
telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Namun
mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga
ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada
maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
Namun
pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung
dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak
dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan
tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Lebih
memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan
telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik
Rohingya Muslim.
Walaupun
dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan
pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas
kasihan.
Pihak
berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk ,
namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis
untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat
ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar.
Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar
termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah
orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk
melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah
. Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah
parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan
seharian.
Kelmarin
, 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan
dibakar.
Terbaru
, 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki
Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah
dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang
terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Dari
maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak
membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui
rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw
sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami
mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah
melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya
pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang
mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini
lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000
di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem
pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat
dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib
umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat
buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982
telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang
maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
Antara
penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan
masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan
Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan
yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa
bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut
Buddha.
Penduduk
Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang
untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak
boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7
tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
Kami
dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk
mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan
etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan
polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas
Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
Kami
juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai
pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada
golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami
menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan
bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak
sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi
SHURA
Mohd
Azmi Abdul Hamid
Setiausaha
Agong MAPIM
Sumber
: temanteras
No comments:
Post a Comment