Wednesday, June 6, 2012

Penghargaan Kepada Pihak-pihak Yang Menghulurkan Bantuan


KAHERAH, 6 Jun – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada saudara Abdul Aziz bin Abdullah yang ditimpa musibah pada 9 Mac yang lepas.

Pihak KPIPM juga melahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah meluluskan sebanyak RM 8,992.48 (LE 18,000) bagi menampung kos pembedahan tulang belakang saudara Abdul Aziz bin Abdullah pada 11 Mac lalu.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) juga telah membiayai tiket penerbangan RM 4,250.00 pulang ke Malaysia bagi saudara Abdul Aziz bin Abdullah yang juga diiringi oleh Nurul Fadhilah binti Abdullah, kakak beliau baru-baru ini.

Di samping itu, keluarga mangsa juga turut menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi Negeri Perak, Datuk Muhammad Zahir Khalid.

Pada pertemuan itu, Datuk Muhammad Zahir menyampaikan bantuan RM3,000 daripada kerajaan negeri dan RM200 daripada Yayasan Perak.


“KPIPM juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PMRAM pusat dan cawangan, Perubatan pusat dan cawangan serta seluruh sahabat-sahabat yang telah banyak menghulurkan bantuan kewangan dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan ahli keluarga”. ujar Saudara Mohammad Omar bin Adam, Yang Dipertua KPIPM bagi menghargai kebersamaan seluruh mahasiswa/wi di Mesir.

Maklumat terkini berkaitan dengan perkembangan kesihatan saudara Abdul Aziz bin Abdullah telah menunjukkan tanda-tanda positif setelah menjalani rawatan susulan di tanah air.






No comments:

Post a Comment

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...