Tanggal 27 Rejab setiap tahun
kita pasti akan mengulangi penceritaan sebuah kisah agung yang berlaku kepada
baginda Nabi Muhammad SAW. Pada waktu ini masjid-masjid di seluruh negara akan
sibuk diisi dengan ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah, forum serta pelbagai
jenis pengisian lain yang akan membawa kita memperingati dan mengenang semula
peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa ini mendapat pelbagai
respon daripada kalangan para sahabat Baginda, sehinggakan ada di kalangan
mereka yang ragu-ragu untuk mempercayai perkara tersebut. Namun, bagi Saidina
Abu Bakar RA, beliau tidak pernah merasa sangsi dan ragu terhadap setiap
perkhabaran yang disampaikan oleh Baginda Nabi SAW, bahkan beliau mempercayai dan
membenarkan perkara tersebut walaupun luar daripada jangkauan logik akal
manusia.
Semua ini kerana beliau yakin
dengan Rasulullah dan qudrat Allah SWT yang tiada bandingan. Kepercayaan dan
keyakinan beliau yang cukup tinggi terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi ini
menyebabkan Nabi menganugerahkan gelaran 'al-Siddiq' kepada beliau.
Pada tahun 10 kenabian ini
Baginda Nabi SAW diberi ujian berat oleh Allah SWT apabila dua tonggak utama
yang paling banyak membantu urusan dakwah Baginda Nabi iaitu Saidatina Khadijah
(isteri Baginda) dan Abu Talib (bapa saudara Baginda) telah diangkat bertemu
Allah SWT. Peristiwa ini cukup memberi kesan kepada Baginda Nabi SAW, namun
begitu dalam keadaan kehilangan orang yang tersayang ini Allah SWT sekali lagi
menguji Baginda Nabi dengan peristiwa Israk dan Mikraj serta kewajipan solat
lima waktu kepada ummatnya.
Tiada Istilah Rehat daripada
Gerak Kerja Dakwah
Kesedihan yang dihadapi oleh
Baginda Nabi ini tidak menjadikannya lemah semangat daripada terus melaksanakan
kerja dakwah. Ini dapat dibuktikan apabila Baginda Nabi sanggup ditarbiah dalam
peristiwa Israk & Mikraj bertemu Allah SWT. Kalaulah Nabi ini bersikap
tidak mampu menerima ujian nescaya Nabi boleh memohon daripada Allah SWT
daripada dikenakan dengan pelbagai tanggungjawab lain pada waktu itu.
Hakikat yang berlaku adalah
sebaliknya, Nabi tidak pernah memohon daripada Allah untuk rehat, bercuti
sambil menenangkan fikiran dan sebagainya bahkan Nabi SAW menerima setiap
arahan dan taklifan daripada Allah SWT walaupun pada waktu itu Baginda Nabi
cukup sedih.
Segala ujian dilalui dengan
tenang tanpa ada sekelumit rasa gelisah dan terpaksa. Misi dakwah diteruskan
dalam keadaan bagaimana sekalipun. Inilah pengajaran yang perlu kita fahami
bersama hasil daripada sirah Baginda Nabi ini. Sifat sedih, tertekan dan
merajuk merupakan sifat fitrah manusia, akan tetapi sifat ini perlu dikawal
dengan iman dan akal fikiran yang waras agar tidak menganggu gerak kerja yang
lain lebih-lebih lagi gerak kerja dakwah Islam.
Pertemuan Dengan Rakan Sefikrah
Menjadi Momentum Kekuatan
Dalam perjalanan Baginda Nabi
bertemu dengan Allah SWT, Baginda telah dipertemukan dengan Nabi-nabi terdahulu
bahkan Baginda sempat menjadi imam ketika solat bersama dengan para nabi yang
lain. Bahkan Baginda Nabi SAW sempat meminta pandangan serta nasihat daripada
Nabi Musa As ketika mana Allah SWT memerintahkan kewajipan bersolat sebanyak 50
waktu sehari semalam.
Pertemuan dan perjumpaan dengan
rakan-rakan serta sahabat yang sealiran fikrah amat penting untuk memastikan
kita tidak akan putus semangat dalam melaksanakan gerak kerja. Dalam keadaan
kita sedih ataupun tertekan dengan pelbagai ujian yang menimpa maka, kita boleh
meminta nasihat daripada kawan-kawan yang lain, akan tetapi lebih baik jika
nasihat, dorongan atau kata-kata semangat itu datang daripada mereka yang lebih
memahami dan mengetahui hala tuju kita serta memiliki matlamat perjuangan yang
sama.
Terapkan Konsep Dosa &
Pahala Dalam Gerak Kerja
Sepanjang pengembaraan ataupun
perjalanan, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai gelagat manusia. Ada yang
menerima balasan kebaikan dan tidak kurang juga yang menerima ganjaran
kejahatan. Semua itu dibalas berdasarkan apa yang telah mereka lakukan di atas
dunia. Jika kebaikan yang dilakukan, maka pengakhiran mereka akan diganjari
dengan kebaikan. Namun, awas jika kehidupan dipenuhi dengan pelbagai maksiat
dan dosa yang dilakukan maka selayaknya bagi mereka itu balasan kejahatan yang
akan diterima.
Begitu juga dalam konteks
berpersatuan, kita diajar agar sentiasa melihat sesuatu yang kita lakukan itu
ada balasannya. sekiranya baik maka balasannya juga baik dan sekiranya jahat
maka balasannya juga adalah kejahatan. Perkara ini perlu dijadikan sebagai piawaian
terhadap setiap perbuatan dan tanggungjawab yang digalas.
Konsep dosa dan pahala ini akan
menjadikan kita lebih berwaspada dan menilai sesuatu perkara itu lebih teliti
sebelum melakukannya. Mereka yang tidak memandang konsep dosa dan pahala ini akan
melihat sesuatu tugasan serta taklifan yang diberikan itu adalah perkara yang
biasa lantas melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, bagi
mereka yang memahami konsep dosa dan pahala ini dengan baik, mereka akan
melihat setiap tugasan dan taklifan yang diamanahkan itu mesti dilaksanakan
dengan sehabis baik dan sesempurna mungkin sebagaimana hadis Rasululllah SAW
yang bermaksud :
"sesungguhnya Allah SWT amat menyukai
hambanya yang bersungguh-sungguh dalam setiap amalannya"
Kesimpulannya, berdasarkan
kepada peristiwa agung Israk & Mikraj ini, bukan sahaja perlu kepada kita
untuk mendengar, mengetahui dan mengingati sejarah peristiwa tersebut
semata-mata. Bahkan pengajaran yang tersirat disebalik peristiwa tersebut perlu
dikaji dan diteladani dalam kehidupan. Apa yang pasti setiap tindakan kita
mestilah berdasarkan pedoman daripada Nabi SAW demi memastikan cahaya Islam
terus bersinar di atas muka bumi.
"MEMARTABAT KEILMUAN
MEMIMPIN KESATUAN"
Abdul Aziz Bin Ali,
Presiden,
(Ketua Lajnah Perhubungan
Antarabangsa & Pengerusi HEWI)
Persekutuan Melayu Republik
Arab Mesir 2012.
Sumber : pmram.org
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com