7 JUN 2012 -Al-Fadhil Ustaz
Yahya Othman seorang murabbi yang melalui liku kehidupan dengan sentiasa merasai kenikmatan ilmu tidak kira
di bumi sendiri ataupun di tanah asing.
Ketokohan kepimpinannya mula
menyinar semenjak usia muda lagi dengan penglibatan beliau dalam organisasi.
Dalam usia 15 tahun lagi, kepercayaan telah diberikan pada beliau apabila
dilantik Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah sebagai Penolong Setiauasa
.
Kepimpinannya tidak hanya
dilenturi begitu sahaja bahkan terus diasak kemampuannya sebagai pemimpin dalam
Jawatankuasa Biro Kebajikan, Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada tahun 1961 dan
telah bertukar nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada
tahun 1971.
Beliau juga pernah memegang
amanah selaku Setiausaha Biro Pendidikan tahun 1962 dan pada tahun 1963, beliau
diamanahkan menjadi wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing
Antarabangsa.
Langkahannya pernah berlegar
sekitar bumi Nabi Musa ini bukan hanya sekadar ilmuwan bahkan sebagai
kepimpinan. Kesenangan dan kesusahannya menjadi bukti dirinya layak digelar
murabbi.
Titisan air mata menerima
pemergiannya adalah untuk memberikan isyarat kepada pemuda Islam bahawa dunia
semakin tua dan kitalah yang perlu mewarisinya. Jadilah generasi harapan ummah
untuk bersama-sama membangunkan Islam tidak kira selama mana tempohnya.
Semoga kilauan mutiara ini bisa
menyedarkan kita betapa berharganya diri andai diberikan segalanya untuk agama
sekaligus menjadi kita pejuang agama setiap masa dan ketika.
PMRAM mengucapkan takziah buat
keluarga Almarhum Ustaz Yahya Othman di atas pemergiannya, semoga segala
pengorbanannya diberikan ganjaran setimpal dan ditempatkan bersama-sama orang-orang
beriman.
Sumber : pmram.org
No comments:
Post a Comment