Sunday, October 9, 2011

Ukhuwah Bertaut Di Bangunan Asrama MARA


KAHERAH- 7 Sept, Satu pertemuan bersama pelajar perubatan telah diadakan di bangunan MARA, Iskandariah baru-baru ini. Wakil kepimpinan KPIPM telah dijemput bagi mengisi slot bersama BKAN dalam program AHLAN ’11 dibawah seliaan Perubatan Cawangan Iskandariah.

KPIPM telah diwakili oleh Saudara Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Timb.Yang dipertua KPIPM bersama Saudari Noor Azimah Bt Ahmad Yazi, Ketua HEWI KPIPM, Saudari Akmal Hafizah Bt Ahmad Fuad, Timb. Setiuasaha HEWI, dan Saudari Nasibah Bt Abu Bakar, Ketua Biro Perumahan HEWI.

Seramai 12 orang pelajar perubatan yang hadir dalam sesi pertemuan tersebut. Wakil KPIPM telah disambut baik oleh Mandub/ah KPIPM ketika disana.




Majlis bermula dengan penerangan ringkas sejarah KPIPM dan sekitar organisasi dalam KPIPM oleh Saudara Ibnu Abbas. “KPIPM yang telah wujud sejak 1964 ini menaungi seluruh anak-anak perak di Mesir sama ada pengajian Islam, perubatan dan pelbagai institusi pengajian di sini”.Tegas Ibnu Abbas dalam ucapannya.

Di samping itu, pelajar perubatan telah diedarkan borang keahlian KPIPM untuk diisi segala butiran di dalamnya.

“KPIPM berusaha memberi segala kebajikan kepada seluruh ahlinya di Mesir tidak kira dalam bentuk akademik, thaqafah, keselamatan dan sebagainya”.Ujar Saudari Noor Azimah dalam pertemuan tersebut.

 



Sesi soal jawab telah berlangsung dengan pertanyaan berhubung penempatan Wisma Darul Ridzuan, Dermasiswa MAIPk dan lain-lain lagi.

Pertemuan berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur Kepada wakil KPIPM dan sesi bergambar kenang-kenangan.


No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM