Monday, October 10, 2011

Pekeliling Keselamatan Terkini



KAHERAH, 10 Okt - Makluman kepada seluruh mahasiswa Mesir agar berhati-hati dengan meningkatkan tahap keselamatan masing-masing.

Jika berlaku sebarang masalah boleh terus menghubungi Presiden PMRAM ditalian : +20111-377-1841 ataupun melalui Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri dan Pengerusi Cawangan masing-masing.

Berikut adalah Pekeliling Keselamatan oleh PMRAM :
- Pastikan visa hidup
- Keluar rumah bawa bersama passport dan kad PMRAM ( bagi ahli PMRAM )
- Naik kenderaan pastikan ada lesen memandu dan kereta
- Tidak terlibat dengan sebarang demontrasi
- Tidak menghampiri sekitar kawasan yang terlibat dengan demontrasi terutamanya Tahrir
- Tidak keluar rumah selepas jam 12 tengah malam sehingga jam 7 pagi.
- Tidak memberikan sebarang dokuman penting kepada warganegara asing dan rakyat tempatan

Sebarang berita yang berlaku akan dimaklumkan melalui laman rasmi PMRAM dari masa ke semasa.

" Diharapkan agar mahasiswa Mesir dapat memberi kerjasama dengan mematuhi pekeliling yang dikeluarkan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini" pesanan Presiden PMRAM saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman kepada seluruh mahasiswa Mesir.

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...