Home » » Majlis Ramah Mesra Bersama Penasihat Agama Y.A.B Menteri Besar Perak Meriah

Majlis Ramah Mesra Bersama Penasihat Agama Y.A.B Menteri Besar Perak Meriah


KAHERAH, 26 Okt – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Perak telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama rombongan dari negeri Perak.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias. Turut hadir bersama iaitu Y.B Tuan Haji Razali bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Batang Padang dan Encik Farid bin Wazali, Setiausaha Kerja Yayasan Perak.

Majlis yang berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi tersebut dimulakan selepas Solat Maghrib secara berjemaah.

Ucapan alu-aluan diberikan terlebih dahulu oleh saudara Mohammad Omar bin Adam, Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012. “Kami dari KPIPM mengalu-alukan kehadiran delegasi dari negeri Perak ke Mesir di atas kesudian melihat anak-anak Perak di sini”. Ucap beliau malam tadi.

Setelah itu, majlis beralih kepada ucapan yang disampaikan oleh ketua delegasi iaitu Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias.

“Saya mewakili Menteri Besar Perak ke sini (Mesir) adalah untuk menjenguk keadaan anak-anak Perak di sini”. Ucap beliau kepada hadirin yang hadir.

“Kami dari negeri Perak sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anak dapat menyinari tanar air kita”. Harapan beliau kepada anak-anak Perak yang hadir.



Sejurus itu, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan Hari Raya Aidil Adha, bantuan am, jersi bola sepak dan bip bola jaring.

Majlis diakhiri dengan tayangan video Aidil Adha dan Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2011/2012.



Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger