Segala puji dan syukur dipanjatkan
buat Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Selawat dan salam buat
junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Doa
dihulurkan buat para pejuang Islam, serta seluruh ummat Islam, semoga berada di
bawah rahmat dan inayahNya.
Tugas menyeru ke arah Islam tidak pernah berhenti . Usaha dakwah perlu diperhebat dari masa ke semasa supaya ianya sentiasa segar dan berpijak di bumi yang nyata. Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah golongan yang beruntung sekaligus menyelamatkan dari golongan yang rugi seperti yang difirmankan Allah.
Pembentukan syakhsiah ummah kini terlalu menyedihkan. Dewasa ini, kita sering dikhabarkan oleh media pelbagai gejala sosial yang meruntun jiwa seorang muslim. Masalah zina, pengguguran bayi, bunuh diri, penghinaan hukum-hakam agama, budaya samseng dan pelbagai lagi. Lebih menyedihkan, perlakuan tidak bermoral ini kebanyakannya `dijuarai` oleh golongan remaja Islam! Sampai bilakah masalah ini akan terus membiak dan membarah?

Nilai pegangan
agama masyarakat kini sudah pudar disebabkan suasana kehidupan sekarang yang
begitu terkesan dari Negara barat yang mengamalkan kehidupan sosial.Prinsip yang ada didalam agama tidak dihayati dan dijadikan
pedoman hidup yang kurang sihat ini. Oeh
itu kita haruslah membentuk persekitaran kita yang menepati syarak. Jadilah
pembentuk persekitaran sendiri dan janganlah kita dibentuk oleh persekitaran
orang lain.
Untuk merealisasikan hasrat ini,Biro Dakwah
dan Tarbiah KPIPM, dibawah Unit Bi’ah Solehah akan mengadakan Gerak Gempur
Bi’ah Solehah.Antara objektif yang ditekankan adalah :
1. Memperkasa dan memperhebatkan solat berjemaah dan qiamullail.
2. Membanteras hubungan yang tidak syar’ie.
3. Memanfatkan penggunaan media elektronik.
4. Menjalinkan ukhuwah Islamiah diantara satu sama lain.
5. Membentuk akhlak Islamiah dalam kalangan mahasiswa al-Azhar.
Pembawakan Biro Dakwah dan Tarbiah yang
bertemakan “Akhlak Al-Quran Pencetus Bi’ah Solehah Masa Depan” pada sesi ini
diharapkan mampu memberi kesan sedikit sebanyak kepada ahli KPIPM.
Akhirnya, semoga segala gerak kerja Unit Biah Solehah dipermudahkan. Kerjasama
dan bantuan dari semua pihak amat diharapkan. Seperti yang digariskan oleh Dr
Yusuf Al-Qardawi, kewajipan beramal dan berdakwah dalam Islam perlu
dilaksanakan dengan sebaiknya. Mudah-mudahan amalan kita diterima disisi Allah
ta`ala.
“Akhlak
Al-Quran Pencetus Bi’ah Solehah Masa Depan”
No comments:
Post a Comment