KAHERAH -2
OKT, Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil Barisan Kepimpinan AJKT
dan AJK Hewi KPIPM sesi 2011/2012 ke Pejabat En. Abdul Muhaimin Bin Abd Majid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak Mesir. Kunjungan
yang kali pertama diadakan pada sesi kali ini telah bermula jam 10.30 pagi dan
berakhir pada jam 11.30 pagi.
Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Saudara
Mohammad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012. “Pihak KPIPM mengharapkan
agar kerjasama terus dijalinkan antara KPIPM dan Pegawai HEP dalam sebarang
urusan demi kemaslahatan bersama anak-anak Perak di Mesir”.Ujar Saudara
Mohammad Omar dalam ucapannya.
Seterusnya beliau mengucapkan
jutaan terima kasih diatas kesudian pihak pegawai yang sudi menerima kunjungan
hormat dari barisan kepimpinan KPIPM.
Terdapat perbincangan ringkas
sekitar program terdekat KPIPM, permasalahan dermasiswa, dan kerjasama dalam menjayakan
usul yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas iaitu
Memperkasakan Badan Hisbah untuk meningkatkan kualiti Biah Solehah.
Diakhir pertemuan, pihak
pegawai mengucapkan sekalung tahniah di atas sebarang perubahan yang telah dilakukan oleh KPIPM
dan mengharapkan agar kunjungan seperti ini diadakan secara berkala di antara Pegawai
HEP dan KPIPM.
“Saya mengharapkan agar gerak
kerja kepimpinan sesi kali ini dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan
akademik, kebajikan, soft skill mahasiswa/wi Perak mencapai tahap yang
membanggakan”.Ujar Encik Abdul Muhaimin sebelum mengakhiri pertemuan.
No comments:
Post a Comment