Tuesday, October 11, 2011

12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat




"ولن يؤخر الله نفسا اذا جاء أجلها والله خبير بما تعملون"

“Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan  Allah mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan”.


Ayat diatas jelas menunjukkan setiap manusia akan menemui saat kematian yang telah Allah tetapkan keatas dirinya. Dan apabila saat kematian itu tiba tiada siapa dapat menghindarkan diri darinya.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

 Tiga darinya akan dirasai ketika di dunia  antaranya :-
1· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Tiga bahaya  ketika dia hendak mati, antaranya :-
1· Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2· Dia akan merasai kepedihan yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Tiga bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir  yang sangat menggerunkan.
2· Kuburnya akan menjadi teramat gelap.
3· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).


Tiga  azab  di hari kiamat, antaranya : -
1· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.  

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...