KAHERAH, 18 Okt - Perkara yang paling bermakna bagi seorang
mahasiswa apabila memperolehi kejayaan setelah sekian lama berusaha dengan
kesungguhan mencapai kecemerlangan.
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) begitu
optimis dalam meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya
melakar kecemerlangan dalam peperiksaan yang lalu.
Ini membuktikan PMRAM mengambil cakna dan prihatin dalam
meningkatkan kualiti akademik mahasiswa dan mahasiswi Islam dan memberi
penghormatan kepada mereka yang berjaya.
Penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan adalah sebagai
tanda penghargaan kepada mereka yang bakal menjadi ikon Al-Azhar, sekaligus
membawa imej Azhari dimata dunia.
PMRAM juga turut meraikan mahasiswa dan mahasiswi cemerlang
dikalangan pelajar tahun satu hingga tahun tiga daripada setiap kuliah dan
syukbah.
Al-Azhar Confrence Center kali ini dipilih sebagai lokasi
untuk menjayakan program ini dan program ini akan meraikan graduan Al-Azhar
daripada tahun 2009 sehingga 2011, Master Al-Azhar dan Darul Ifta' yang bakal berlangsung pada 2 November ini.
" Pendaftaran masih dibuka sehingga 24 Oktober ini ,
diharapkan kepada semua graduan dan mahasiswa cemerlang tidak melepaskan
peluang keemasan ini dan bakal menjadi kenangan terindah dalam bergelar
mahasiswa " ujar saudara Firdauz bin Noh selaku pemantau Majlis Apresiasi
Kecemerlangan merangkap Setiausaha Agung PMRAM 2011.
Sumber: pmram.org
No comments:
Post a Comment