يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Agak menyedihkan bahawa segelintir dikalangan kita selaku mahasiswa dan mahasiswi yang mendalami ilmu agama Islam serta faqih dalam bab muamalat masih mengamalkan jual beli secara hutang. Merujuk kepada hadis Rasulallah SAW, mengatakan bahawa hutang sangat bahaya sehinggakan boleh menyebabkan dosa tidak diampun oleh Allah SWT. Kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang sedang berjuang menuntut ilmu perlu tahu bahawa kita sedang berada di medan jihad. Seperti mana telah diriwayat dalam hadis yang banyak Al-Bazzar telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda :
إذا جاء الموت لطالب العلم وهو على هذه الحالة مات وهو شهيد
“Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.”
Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW
من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع
“ Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.”
Ramai dikalangan kita menganggap bahawa berhutang adalah satu kemestian untuk terus hidup dalam keadaan senang. Dan melewat-lewatkan masa pembayaran. Kita manusia yang tidak tahu akan perkara-perkara yang ghaib atau perkara yang akan datang. Kemungkinan kita akan kembali kepada pencipta padahal kita masih belum melangsaikan hutang.
Abu Said r.a. berkata :“Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: “Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : “Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: “Biarlah saya yang membayar hutangnya”. Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.
Berdasarkan hadis-hadis tersebut, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbaiki kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan. Sempena kempen Sifar Hutang anjuran Biro Ekonomi KPIPM sesi 2011/2012, marilah kita mengajar diri kita supaya tidak berhutang sesama kita khasnya KPIPM dari sudut pembayaran kedai KPIPM, sewa rumah dan elektrik.
No comments:
Post a Comment