Saturday, October 29, 2011

Pertingkatkan Amalan Untuk Mendapatkan Istana Dalam Syurga



KAHERAH, 28 Okt- Istimewa Ehya’ Al-Jum’ah minggu ini menampilkan Pentazkirah Jemputan  Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias, Penasihat Agama Y.A.B menteri Besar Perak.

Sebelum itu, majlis bacaan yassin telah diadakan terlebih dahulu bersama ahli KPIPM yang hadir seramai lebih kurang 150 orang mahasiswa/wi. Sejurus selesai bacaan Yassin, Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil, Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM telah mempengerusikan tazkirah jemputan dan menjemput Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin atau dengan panggilan yang lebih mesra pak ngah untuk menyampaikan tazkirah.

Fokus tazkirah pada malam itu membicarakan tentang tingkatan dalam syurga selaras dengan amalan yang dikerjakan. “Terdapat beberapa kategori kedudukan dalam syurga iaitu istana dalam syurga, rumah dalam syurga dan bilik dalam syurga.” “Diantara amalan yang boleh diamalkan adalah mengamalkan tiga kali surah Al-Ikhlas, hal ini seumpama membaca 30 juzuk Al-Quran.”Tegas  pak ngah dalam tazkirahnya.

Selesai tazkirah Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin telah mengimamkan solat isyak berjemaah bersama ahli KPIPM.

Majlis pada malam itu selesai dengan jamuan makan yang telah disumbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak.

Keesokan paginya, Qiamullail bulanan telah diadakan di Wisma Darul Ridzuan A pada jam 3.30 pagi. Seterusnya solat subuh berjemaah dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudari Nabila Binti Mohd Mokhtar. Kehadiran ahli pada pagi itu sangat memuaskan.

“KPIPM amat menekankan aspek pembinaan rohani dalam kalangan ahli dengan mengadakan aktiviti seumpama ini. Harapan saya agar ahli KPIPM dapat turut serta dalam aktiviti yang bermanfaat ini.”kata Mohamad Adil ketika berakhir program.

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...