Home » » HIKMAT '11 Menjana Kefahaman Mahasiswa Baru

HIKMAT '11 Menjana Kefahaman Mahasiswa Baru


KAHERAH, 4 Okt, jam 8.15 malam bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, pihak pengurusan Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) 2011 Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Majlis Perasmian Hari Taklimat Dan Silaturrahim (HIKMAT) bagi tahun 2011 yang dihadiri oleh seluruh mahasiswa dan mahasiswi baru Perak.

Seterusnya majlis malam itu diteruskan lagi dengan ucapan dari Penasihat PMRAM, Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim selaku pengisi taklimat “Al-Azhar dan Peranannya” dan juga perasmi bagi Hari Taklimat Dan Silaturrahim (HIKMAT) 2011.
Pagi pertama 5 Oktober 2011 dimulakan pada jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi.

Program diisi dengan beberapa pengisian antaranya diskusi kitab bertajuk “Daur As-Syabab Fi Hamlati Risalatul Islam”, slot “Kita dan Perlembagaan”, taklimat berkenaan cara yang betul untuk mengisi Borang Keahlian PMRAM dan KPIPM, Prospektus Al-Azhar dan Senat Fakulti, taklimat mengenai Badan Hisbah dan Unit Bait Muslim dan pengenalan PESAT.
Program ini juga dipenuhi dengan beberapa pengisian Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) yang disertai oleh fasilitator setiap kumpulan.

Program terakhir HIKMAT bagi pihak ikhwah iaitu, Perasmian Penutup oleh Yang Di-Pertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir oleh Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Mohammad Omar bin Adam.

Di dalam ucapan beliau, antaranya beliau berpesan kepada seluruh peserta supaya berhati-hati dari tergolong dalam lima golongan mereka yang menghalang perjuangan Islam.
Beliau menyatakan harapan beliau yang tinggi terhadap para peserta supaya dapat menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam dan KPIPM di masa hadapan.

Alhamdulillah, keseluruhan Hari Taklimat Dan Silaturrahim (HIKMAT) 2011 yang berlangsung selama dua hari bagi pihak ikhwah ini berjalan dengan lancar dan para peserta dapat mengambil banyak faedah dan kefahaman tentang persatuan, pelajaran Al-Azhar dan kewajipan diri sebagai pelajar dan bakal pembimbing masyarakat kelak. 
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger