Home » » Sambutan Nisfu Sya'ban 1433H Meriah

Sambutan Nisfu Sya'ban 1433H Meriah


KAHERAH, 5 Julai – Dalam meraikan bulan Sya’ban yang mulia ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, di bawah kelolaan Biro Dakwah Dan Tarbiah KPIPM 2011/2012, program Ehya’ Jum’ah pada kali ini dengan jayanya telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Sya’ban bersama Fadhilatul Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi Al-Bantani.

Majlis pada kali ini turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi yang berada di Bumi Anbiya samada pengajian Islam mahupun pengajian perubatan.

Selesai solat Maghrib berjemaah, program yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan A telah dimulakan dengan berselawat sebanyak 1000 kali kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Sesudah itu majlis diteruskan lagi dengan bacaan surah Yaasin sebanyak 3 kali secara berjemaah yang telah dikhalifahkan oleh saudara Ainuddin Bin Mohd Ishak mahasiswa Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah merangkap Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM.

Sejurus selesai solat sunat Hajat dan solat Isya’ berjemaah majlis diserikan lagi dengan pembacaan hadith berkaitan Nisfu Sya’ban yang disampaikan oleh Fadhilatul Syeikh Rohimudin Bin Nawawi Al-Bantani. Beliau juga berpesan supaya amalan ini dikekalkan walaupu hadith-hadith yang diriwayatkan mengenai Nisfu Sya’ban ini bertaraf dhaif, namun ianya dibolehkan di dalam hal-hal fadhailul a’mal.

Majlis pada malam itu diserikan lagi dengan upacara berbai’ah dengan Tariqat Darqawiyyah Shazuliyyah. Selesai dari upacara tersebut, majlis pada malam itu telah ditangguh dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.




Pada keesokan paginya pula Program Ehya’ Jumaah diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah serta pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh saudara Mohammad Omar Bin Adam, mahasiswa Kuliah Usuluddin Hadith Universiti Al-Azhar Zagazig merangkap Yang DiPertua KPIPM 2011/2012.

Memetik dari surah Al-fatihah, beliau telah mengigatkan mengenai bebarapa perkara yang terdapat di sebalik surah tersebut sebagai peringatan kepada setiap individu muslim yang tidak lari dari melakukan kesalahan.

Sesudah itu program Ehya’ Jum’ah pada minggu ini telah ditangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr serta membaca surah Al-Waqiah secara beramai-ramai.




Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger