Tuesday, July 3, 2012

Cahaya Mata Pertama Penyeri Hidup Buat Saudara Haris Dan Pasangan



KAHERAH, 2 Julai - KPIPM mengucapkan tahniah buat pasangan Ustaz Mohd Haris bin Che Anuar dan isteri, Kuliah Usuluddin, tahun empat, Dumyat yang menerima cahaya mata pertama petang tadi.

Puteri  yang diberi nama Nurul Awfa itu selamat dilahirkan Dumyat Jadidah pada tanggal 13 Sya’ban 1433H bersamaan 2 Julai 2012 pada jam 2.30 petang.

“Kita mengucapkan syukur kepada Allah dengan memberikan nikmat zuriat seorang puteri kepada pasangan ustaz Haris. Semoga hidup lebih diberkati dengan kehadiran puteri kesayangan.” Ujar Saudara Hazim bin Mohd Halim, selaku Mentor Dumyat ketika dihubungi. 

Semoga zuriat yang dikurniakan menjadi anak yang solehah dan menjadi permata yang berharga buat ummat akan datang.





No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM