Sunday, July 8, 2012

Makluman Berkenaan Permohonan Dermasiswa Majlis Agama Islam Perak


Adalah dengan ini pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM dimaklumkan bahawa permohonan Dermasiswa MAIPk bagi sesi 2011/2012 telah mula diproses oleh pihak jawatankuasa Dermasiswa MAIPk.

Justeru itu, pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM mengharapkan agar setiap pemohon dapat menyemak status permohonan masing-masing dari semasa ke semasa http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/ disebabkan permohonan diproses secara berperingkat.

Manakala kepada Permohonan yang berstatus gagal (keputusan mesyuarat) atau gagal tapisan tetapi layak mendapatkan dermasiswa tersebut berdasarkan ketetapan MAIPk (4+1) boleh membuat rayuan kepada Pegawai HEP Perak Mesir melalui Jabatan Setiausaha Agung.  


Sebarang permasalahan boleh merujuk kepada saudara Ahmad Shazwan Bin Khalid, Setiausaha Agung KPIPM di talian 0114-5241856 atau Saudari Nurhafsah Binti Awaluddin Setiausaha HEWI di talian 0111-0560554.



No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM