Home » » Isu Campak Borang : BKPJM Bertemu Pengurus Rumah Johor

Isu Campak Borang : BKPJM Bertemu Pengurus Rumah Johor



KAHERAH, 3 Julai –Yang DiPertua BKPJM Saudara Muhammad Yazid Hanzir bersama Penasihat BKPJM Saudara Syed Mitahul Ulum telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus Rumah Johor Tuan Haji Mohd Maulan Asmoni berhubung isu permohonan masuk rumah Johor sesi 2012/2013. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah pelajar yang terlibat Saudara Mohammad Yassaruddin Samsul.

Pertemuan tersebut adalah bagi mendapatkan penjelasan berkenaan insiden yang berlaku terhadap Saudara Mohammad Yassaruddin dimana beliau telah diberikan layanan yang tidak sepatutnya oleh pihak Pengurus Rumah Johor Mesir  ketika menyerahkan borang permohonan masuk asrama.

Namun pertemuan tersebut tidak mencapai sebarang kesepakatan dan kerjasama yang baik dari pihak Pengurus Rumah Johor

Menceritakan kembali insiden yang berlaku Saudara Mohammad Yassaruddin menyebutkan beliau merasa kecewa dan terhina apabila pihak Pengurus Rumah Johor mempermainkan pernyataan beliau bahawa beliau adalah orang susah bahkan borang permohonan beliau turut dicampak ke lantai.

“Pertemuan ini adalah semata-mata demi mencari penyelesaian yang terbaik terhadap isu yang berlaku. Justeru, besarlah harapan BKPJM supaya insiden seperti ini tidak lagi berulang. BKPJM sentiasa optimis dalam memastikan kebajikan dan perpaduan dikalangan ahli selari dengan motto BKPJM iaitu Kebajikan Dan Perpaduan”. Jelas YDP BKPJM.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger