KAHERAH, 17 Julai – Biro
Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2011-2012 telah menganjurkan satu
program jaulah ke `Ain Sokhnah. Program ini bertujuan untuk mengisi masa cuti
musim panas dengan perkara yang berfaedah. Dalam masa yang sama juga dapat mengeratkan
lagi tali silaturrahim sesama ahli baru mahupun yang lama.
Pada jam 5.00 pagi semua
peserta telah diarahkan untuk berkumpul di perkarangan rumah perak wisma a. Seramai 31 orang telah menyertai
program jaulah ini. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Antara aktiviti
sepanjang perjalanan ialah kata-kata aluan dari pengarah program Kembara`12
sendiri iaitu Saudara Muhamad Amir bin Ghazali. Seterusnya, ucapan ringkas
daripada Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, Timbalan Yang Dipertua KPIPM.
Tepat jam 8.00 pagi rombongan
jaulah sampai ke tempat yang dituju. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan
sesi pagi ialah mandi-manda dan bola sepak
pantai. Program berhenti seketika bagi menunaikan solat zohor. Program
diteruskan lagi dengan aktiviti memanggang ayam (BBQ) dan acara indoor.
Kemuncak program KEMBARA`12 ini
dimeriahkan dengan acara final bola sepak pantai dan acara tarik tali. Tepat jam
6.30 petang rombongan bergerak pulang ke Wisma darul Ridzuan A.
No comments:
Post a Comment