Friday, July 6, 2012

Daurah Kitab Sempena Cuti Musim Panas Mencapai Sasaran



KAHERAH, 6 JULAI  – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di bawah anjuran Biro Pelajaran dan Ilmiah (BPI) telah selesai menjayakan  Program Daurah sempena cuti musim panas  yang berlangsung sepanjang lima hari di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Riduzan A.

Program yang berlangsung bermula 1- 5 Julai 2012 telah menampilkan tenaga pengisi yang tidak asing bagi mahasiswa di Mesir.


Kehadiran pencinta ilmu di dalam program kali amat memberangsangkan dalam kalangan mahasiswa perak dan mahasiswa daripada Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) yang lain. Kehadiran mencecah kira-kira 200 orang dalam pembentangan yang diadakan.

Antara pengisi yang memenuhi program daurah pada kali ini ialah Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Al-Bantani . Beliau telah mendiskusikan kitab “Tasauf Amali”. Tempoh yang diberikan oleh pihak pengajur ialah bermula 1- 3 Julai 2012 bermula selepas solat asar hingga jam 10 malam. Kitab tersebut selesai didiskusikan hingga ke ahkhirnya. Sesi soal jawab turut diberikan bagi memberi peluang kepada seluruh mahasiswa yang hadir untuk melontarkan persoalan sekitar permasalahan tasawuf dan lain-lain.


“Setiap “murid”(mereka yang mahu menuju ke Hadrat Allah) dalam hidupnya  mesti menempuh jalan untuk mencapai matlamat tersebut dengan  petunjuk “syeikh mursyid ”  yang menggunakan medium “tarikat””. Ujar Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Al-Bantani dalam sebahagian isi pembentangannya.

Antara pengisi lain, Ustaz Helmy Aris, Mahasiswa Master Hadis, Al-Azhar yang berasal daripada Negeri Sembilan telah membentangkan sebuah kitab siasah yang bertajuk “3 Institusi penting dalam Islam: Perlembagaan, Kehakiman  dan Pentadbiran”. Beliau berjaya mendiskusikan sehingga akhir perbahasan pada tempoh yang diberikan bermula 2- 4 Julai 2012 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11 pagi.

Seterusnya, Pembentangan khusus bagi mahasiswi juga turut diberikan dengan pengisi yang dijemput iaitu Ustazah Afraa Abidah dengan kitab “ Pengenalan Kepada Tasawuf Islam Yang sebenar”. Tempoh yang telah ditetapkan baginya ialah 4-5 Julai 2012 bermula selepas solat asar hingga jam 10 malam.

Kesempatan ini telah dimanfaatkan sebaiknya oleh mahasiswi perak mahupun mahasiswi dari BKAN yang  lain dengan melihatkan kehadiran yang ramai dalam pembentangan walaupun dalam tempoh 2 hari.

Pada hari terakhir, bermula jam 9.00 pagi satu pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Politik Dalam Islam” selesai dibentangkan oleh Ustaz Zuhaili Bin Saiman kepada mahasiswa yang hadir. Para mahasiswa yang hadir telah difahamkan dengan konsep politik islam dengan nas Al-Quran, hadis dan kalam para ulamak.


“Kami bagi pihak penganjur mengharapkan agar antara objektif yang digariskan bagi mengisi masa lapang para mahasiswa dengan pengisian yang bermanfaat dan ambillah seberapa banyak mutiara yang dilemparkan bagi pencinta ilmu oleh tenaga pengisi yang telah dijemput”. Ujar Saudara Mohammad Ainuddin Ishak, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah di akhir pertemuan .


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...