Friday, July 20, 2012

PMRAM Di Pentas International Student Show (ISS)



KAHERAH, 19 JULAI 2012 -- Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Indonesia (PPMI) Mesir  telah menganjurkan program International Student Show (ISS) yang berlansung di Dewan Solah Kamil, Hayyu Sadis, Kaherah pada 16 Julai baru-baru ini.

Program ini merupakan program yang julung kali diadakan pada tahun ini. Ianya disertai lebih daripada 10 buah negara dengan kehadiran sekitar 700 orang mahasiwa daripada negara-negara yang terlibat.

PMRAM sebagai persatuan induk yang menaungi anak-anak melayu di Mesir turut dijemput bagi mengadakan pameran dan persembahan kebudayaan dan kesenian traditional Malaysia.

International Student Show (ISS) menampilkan satu persembahan bagi setiap negara. Antara yang dipersembahkan ialah persembahan dikir barat daripada Patani, deklamasi sajak daripada Somalia, dan dendangan selawat daripada Mahgribi.

Bagi persembahan kesenian tradisional Malaysia, PMRAM telah menghantar kumpulan nasyid Muhazirun daripada PMRAM Cawangan Perak yang berjaya menampilkan persembahan menarik dan mendapat perhatian penonton yang hadir.

Tetamu undangan yang hadir pada prgoram tersebut adalah Duta Besar Indonesia di Kaherah dan presiden-presiden persatuan pelajar luar negara. Mewakili PMRAM lima orang Badan Pengurus PMRAM termasuk Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz Bin Ali serta tiga orang AJKT HEWI PMRAM telah hadir ke program tersebut.

Atur cara majlis yang pelbagai berjaya memukau para pengunjung yang hadir sekaligus saling kenal-mengenali adat kebudayaan antara satu sama lain. Program yang bermula jam 4 petang tersebut berakhir pada jam 12 malam.

"Kita mengharapkan agar program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. PMRAM sedia memberikan kerjasama sama ada sudut tenaga, buah pandangan serta apa jua bantuan kepada persatuan-persatuan pelajar luar negara yang lain"  ujar Presiden PMRAM 2012, saudara Abdul Aziz bin Ali sebaik tamat program.

Sumber : pmram.org


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...