Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang
masih mengurniakan kepada kita anugerah yang amat besar iaitu nikmat masa agar
dengannya kita mampu menjadikannya wasilah kepada Redha dan Maghfirah Allah
taala.
ASAS PEREDARAN MASA
Islam menjadikan peredaran bulan sebagai
tempoh kepada perkiraan kalendar Hijrah (Taqwim Qamariah). Perkiraan tersebut
mula dikira sempena tahun penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke Madinah lantas terbinalah disana Daulah
Islamiah yang pertama.
Adapun peredaran matahari menjadi
perkiraan kepada bulan Masihi iaitu Taqwim Syamsiah. Ianya telah diperkenalkan
semenjak zaman pemerintahan kerajaan Rom yang diambil sempena kelahiran Nabi
Isa a.s. bermula semenjak 20 abad yang lalu. Namun calendar Masihi yang diguna
sekarang adalah yang diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII bemula pada tahun
1582 Masihi.
Asas Kalendar Islam dan Masihi ini
sebenarnya telah digambarkan al-Quran sebagaimana Firman Allah taala bermaksud:
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءً۬ وَٱلۡقَمَرَ نُورً۬ا وَقَدَّرَهُ ۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ
وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ
ذَٲلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ
“Dialah (Allah) yang menjadikan matahari
bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang
menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat
peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan
kiraan masa”.(Surah
Yunus : 5)
BULAN MASIHI (1 JANUARI) TARIKH KERAMAT
Tarikh 1 Januari setiap tahun(bulan
pertama dalam kalendar Masihi menunjukkan pertukaran tahun baru) pasti akan
menjadi sejarah yang tersendiri apabila kebanyakan daripada kita umat Islam
juga ada yangmenyambut kedatangannya dengan begitu meriah. Bahkan ianya
kadang-kadang melebihi sambutan daripada hari-hari kebesaran Islam itu sendiri.
Sedangkan, kita di ajar untuk mengira
peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih baik kerana kebanyakan
perkara-perkara tentang agama dikira menggunakan perkiraan bulan samada tempoh
hawl bagi pengeluaran zakat, ru’yah hilal untuk berpuasa, tempoh quru’ bagi
perempuan selepas kematian suami dan dicerai, tempoh menentukan hari raya serta
lain-lain lagi tempoh besar dalam Islam.
Justeru, secara umumnya adalah lebih baik
untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang
tersendiri.
Apa yang perlu disedari umat Islam,
keadaan mereka sebenarnya mengundang kemurkaan Allah taala apabila mereka
semakin hari semakin jauh dengan agama. Menyebabkan tindakan segelintir
daripada kita tidak menghiraukan bentuk-bentuk pengamalan yang dilakukan
sehari-hari mengundang azab Allah taala dengan pelbagai maksiat dan dosa.
Benarlah Firman Allah taala :
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم
بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ
لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
“Terzahirnya kefasadan di daratan dan di
lautan adalah disebabkan perbuatan (mungkar) manusia, Allah menghendaki agar
mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka moga-moga mereka
kembali”. (Surah al-Rum
: 41 )
PELBAGAI KEFASADAN BERLAKU
Itulah yang telah berlaku apabila tibanya
Tahun Baru Masehi, sambutan tidak lengkap kalau tiadakonsert-konsert
hiburan,tari-menari, persembahan gelak ketawa, dendangan lagu,samada di
televisyen, radio ataupun di tempat sambutan yang dilakukan di kawasan umum.
Firman Allah taala :“
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬
وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ
"dan barangsiapa yang berpaling
daripada pengajaran Allah taala, Kami akan benarkan syaitan (menyesatkannya)
dan menjadi teman karib mereka, sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar
menghalangi mereka dari jalan yang benar , sedang mereka menyangka bahawa
mereka mendapat petunjuk”. (Surah
al-Zukhruf : 36-37)
Disebabkan itu, sambutan tersebut lebih
membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan tanpa ada ikatan mahram yang dibenarkan dengan perbuatan dan
percakapan yang hanya akan membangkitkan hawa nafsu sendiri. Kebanyakan daripada
anak-anak muda megambil peluang ini untuk keluar bersama bahkan dalam erti kata
untuk membuat kemungkaran kepada Allah walaupun mereka tahu ianya
dilarang.Sedangkan Allah taala melarang kita daripada perkara tersebut.
Firman Allah taala :
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
“Dan janganlah kamu mendekati zina
sesungguhnya ia adalah satu perkara yang keji dan buruk jalannya”.
(Surah al-Isra' : 32)
Lalu apabila jalan dan medan untuk
melepaskan nafsu sudah ada, pelbagai lagi kefasadan dikalangan mereka akan
berlaku seusai sambutan Tahun Baru. Kes zina, rogol, khalwat dan macam-macam
lagi bentuk kemungkaran dapat dilihat membabitkan goglongan muda dan tidak
terlepas juga kepada mereka yang kurang iman.
Ianya juga membawa kepada sebuah
pembaziran yang tidak terhitung banyaknya, iaitu pembaziran wang kerajaan
dengan persiapan yang cukup rapi bagi menjayakan sambutan Tahun Baru
tersebut.Allah taala melarang daripada hamba-hambanya daripada melakukan
pembaziran yang berlebih-lebihan.
Firman Allah taala :“
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ
إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا
Sesungguhnya orang-orang yang membazir
itu adalah sahabat-sahabat syaitan, adapun syaitan itu adalah bagi kamu musuh
yang nyata”. (Surah
al-Isra' : 27)
Ada juga dikalangan mereka yang bersuka
ria sampai ke pagi hari denganmakan besar sempena merayakan Tahun Baru,
sehingga mabuk meminum minuman syaitan, bejudi dan lain-lain sehingga lupa
kewajipan mereka sebagai umat Islam yang sepatutnya.
Sesungguhnya Allah taala ada berfirman :
يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٌ۬ ڪَبِيرٌ۬ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ
وَإِثۡمُهُمَآ أَڪۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَاۗ
"Mereka menanyakanmu (Wahai
Muhammad) tentang khamr (segala minuman yang memabukkan) dan judi, maka
katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa kecil sahaja
manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya..” (Surah al-Baqarah : 219)
Ada yang bertindak ganas pada malam ini
dengan melakukan tindakan liar dan merosakkan harta benda awam dan harta benda
masyarakat awam serta mengancam keselamatan diri dengan pelbagai adegan
mencuri, merompak, peras ugut dan lain-lain. Hal ini timbul daripada hawa dan
nafsu yangditunas daripada
program-program dan didikan yang tidak syar’ie sebagaimana sambutan yang
disajikan dengan lagu-lagu, tari menari dan hiburan melampau apabila tiba
sambutan Tahun Baru.
Firman Allah taala dengan tegas melakukan
pencabulan hak asasi manusia lain :
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا
“Dan mereka-mereka yang menyakiti
orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan (dalam apa jua bentuk) tanpa ada apa
pun kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah al-Ahzab : 58)
Rasulullah juga pernah bersabda daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. :
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
“Seorang muslim adalah yang menjaga
keselamatan terhadap muslim yang lain daripada lidah dan perbuatannya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan janganlah kerana terlalu mengikut dan
melayan kehendak hawa nafsu kita sudah hilang pegangan hidup dalam erti kata
jati diri seorang muslim sebenar sedangkan kita sudah diberi petunjuk dan
peringatan yang jelas.
Firman Allah taala :
وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّۚ
بَلۡ أَتَيۡنَـٰهُم بِذِڪۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ
“Seandainya kebenaran itu mengikuti
keinginan (hawa nafsu) mereka pasti binasalah langit dan bumi serta semau yang
ada dalamnya, bahkan Kami telah memberikan peingatan kepada mereka tetapi
mereka berpaling daripada peringatan itu”. (Surah al-Mukminun :71)
PERBAHASAN TENTANG KEHARUSAN MENYAMBUT
SAMBUTAN TAHUN BARU
Tidak dinafikan bahawa terdapat para
ulama yang HARAM kan sama sekali sambutan Tahun Baru Masihi dalam apa jua
bentukoleh kerana sambutan Tahun Baru tersebut tidak memberi apa-apa makna
dalam Islam yang tidak perlu disambut
dan diagungkan. Bahkan ianya adalah termasuk dalam salah satu perayaan Kristian
yang meraikan dan mengagungkan kelahiran Tuhan Jesus mereka (Tuhan Anak dalam
pegangan Kristian). Sebab itulah ianya bertentangan dengan syariat Islam dan
bersifat syirik seandainya kita mengagungkan perayaan sambutan Tahun Baru
Masihi sebagaimana mereka (Kristian).
Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga
daripada menyebabkan pelbagai kemungkaran berlaku secara bermaharajalela
didalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada kefasadan dan kemungkaran
disisi Allah taala. Pendapat ini berhujahkan satu Usul asas dalam Fiqh iaitu :
"Saddu al-Zara'ie" سد الذرائع iaitu menyekat sebelum sesuatu perkara itu
berlaku lebih buruk.
Namun, menyambut Tahun Baru Masehi (yang
mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), ada juga yang
berpendapat ia adalah HARUS secara bersyarat daripada sesetengan ijtihad
ulama’serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
SYARAT-SYARAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI
1. Tidak menganggap ianya adalah satu
upacara keagamaan dan tidak dianggap dianggap sebagai ibadat.
Ini adalah kerana perayaan tersebut
sempena kelahiran Tuhan Jesus (pegangan Kristian) dan mereka menganggap merayakannya
adalah salah satu daripada upacara ibadat dan penggagungan kepada Tuhan
mereka.Ini adalah kerana Allah melarang kita menyembah dan beriktiqad
sebagaimana iktiqad-iktiqad yang songsang dan batil.Ini adalah kerana mereka
(Kristian) walaupun daripada agama samawi yang dirunkan Allah namun telah
dipesongkan. Tapi andainya sekadar menyambut dengan ber mujamalah (dalam bab
kesopanan dan kebaikan dalam pergaulan).
Firman Allah :
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦
“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai
orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah !dan aku
bukan penyembah apa yang kamu sembah ! dan aku tidak pernah menyembah apa yang
kamu sembah ! dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah
! untukmu agamamu dan untukku agamaku”. (Surah al-Kafirun : 1-6)
2. Sambutan dilakukan atas dasar Uruf dan
Adat.
Dalam Qawaied Fiqhiyyah ada menyebutkan
satu kaedah : الأصل في الأشياء الإباحة
“al-Aslu fil ashya’ al-Ibahah” .
Maksudnya : “Asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus”. Ini adalah mengikut
Mazhab Syafie yang mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah datang dalil
mewajibkan dan mengharamkan perkara tersebut.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda :
الحلال ما أحل الله في كتابه ، والحرام ما
حرم الله في كتابه
وما سكت عنه فهو مما عفا عنه
“Halal itu apa yang telah diperkatakan
halal oleh Allah dalam kitab-Nya , haram itu apa yang diperkatakan haram oleh
Allah itu dalam kitab-Nya, dan apa tidak diperkatakan oleh-Nya, (tidak dinyatakan halal dan haram secara
qati’e) maka ianya dimaafkan perkara tersebut disisi Allah”. (Hadis Riwayat al-Tarmizi)
Dalam kaedah lain pula menyebut : العادة المحكمة “al-‘Adat
al-Muhakkamah”. Maksudnya : “Adat yang tidak bercanggah dengan syara’ boleh
menentukan sesuatu perbuatan dan tindakan”.
Oleh kerana itu, beberapa kaedah diatas
menunjukkan bahawa pengaharusan dari sudut hukum untuk kita menyambut perayaan
tahun Baru sekiranya ia dianggap sebagai adat dan kebiasaaan setempat
mengamalkannya tetapi mestialah sesuai dengan norma-norma Islam.
3. Menjaga isi kandungan majlis, aktiviti
dan setiap slot dalam sambutan tersebut sesuai dengan kehendak syara’.
Sesungguhnya manusia dicipta untuk
menghambakan diri kepada Allah bukan kepada nafsu sebagaimana Firman-Nya :
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
"Dan tidaklah aku menciptakan
manusia dan jin melainkan untuk menghambakan diri kepada-Ku”. (Surah al-Zariat : 56)
Sepatutnya, sambutan tersebut diisi
dengan program dan aturcara-aturcara ilmiah yang dapat membangkitkan naluri dan
fitrah kemanusiaan kepada pencipta-Nya yang telah menganugerahkan kehidupan
kepada mereka dengan pelbagai nikmat-nikmat.
Firman Allah taala :
وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ
“Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat
Allah maka nescaya tidak akan terhitung banyaknya”. (Surah Ibrahim : 34)
Samada disusun sebagaimana agenda nasyid,
sajak, lakonan pentomen, ucapan tazkirah, doa dan lain-lain agar sentiasa
melazimi kebaikan dan tolong menolong melakukan kebajikan samada dikalangan
muslim mahupun non-muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah pernah bersabda :
“Sesiapa yang menyeru kepada hidayah
Allah maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang melakukannya, tidak
akan dikurangkan pahala tersebut walaupun sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim)
Apa yang disarankan oleh Rasulullah
kepada umatnya agar kita sentiasa berada dalam nikmat Allah yang banyak itu
dengan bersyukur dan sentiasa merenung kepada pemberian tersebut agar hati-hati
kita jinak dengan setiap qada’ dan qadar Allah taala. Bahkan antara
banyak-banyak doa yang Nabi tuturkan adalah doa memohon kebaikan di dunia dan
di akhirat dalam apa jua bentuk pengamalan yang dilakukan.
Daripada Anas bin Malik :
كان أكثر دعاء النبي صلى الله عليه وسلم :
اللهم ربنا أتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
“Adalah yang paling banyak Nabi berdoa :
"Allahumma atina fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar
(Ya Allah ! Berikanlah kami kehidupan didunia akan segala kebaikan dan kehidupan
di akhirat juga segala kebaikan serta jauhilah kami daripada neraka-Mu)”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
4. Menjaga batas-batas pergaulan antara
yang bukan mahram.
Apa yang penting dalam setiap majlis dan
program-program yang dilakukan mestilah cuba sedaya upaya untuk menjaga batasan
pergaulan. Namun secara kebiasaannya dalam majlis yang besar seperti sambutan
Tahun Baru ini, pastinya pelbagai jenis manusia yang hadir dari seluruh
pelusuk dan ceruk muka bumi untuk meraikannya.
Samada daripada mana-mana darjat, kedudukan, umur, jenis, agama dan lain-lain.
Oleh itu perlulah sentiasa mengambil
ihtimam (mengambil berat) dengan menjaga etika dan sosio pergaulan agar ianya
sentiasa dalam landasan syara’. Kerana sudah pastilah dalam medan yang dipenuhi
manusia, pelbagai kelakuan yang buruk akan berlaku andainya tidak dijaga.
Mestilah sentiasa menjaga pandangan, pendengaran, percakapan dan adab
pergaulan.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah pernah bersabda :
كتب على ابن آدم نصيبه من الزنا مدرك ذلك لا
محالة : العينان زناهما النظر، والأذنان زناهما الاستماع، واللسان زناه الكلام، واليد
زناها البطش، والرجل زناها الخطا، والقلب يهوى ويتمنى، ويصدق ذلك الفرج أو يكذبه
“Telah tertulis keatas tiap-tiap anak
Adam akan bahagiannya daripada perbuatan zina samada dalam keadaan sedar tentu
sahaja : Mata, kedua-duanya berzina dengan cara penglihatan, Telinga,
kedua-duanya berzina dengan pendengarannya, Mulut berzina dengan kata-katanya,
Tangan, kedua-duanya berzina dengan kekerasan, Hati, bernafsu dan memasang
angan-angan dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Moga dijauhkan kita semua daripada
segalanya itu.
5. Mengharapkan Berkat dan Rahmat daripada
Allah taala.
Ketika inilah kita mengambil peluang
daripada perhimpunan secara langsung tersebut dengan mengajak seluruh manusia
kepada kesatuan dan saling nasihat menasihati dalam pekerjaan agama.
Firman Allah taala :
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ
عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِۚ
"Bertolong-tolonglah kamu semua
kepada kebajikan dan mendapatkan taqwa , janganlah kamu bertolong-tolong kepada
kejahatan dan permusuhan ".
(Surah al-Maidah : 2)
Sabda Rasulullah daripada Abi Ruqayyah
Tamim bin ‘Aus al-Darriyyi :
الدين النصيحة ثلاثا قلنا لمن يا رسول الله
قال لله ولكتابه
ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
"Agama itu adalah Nasihat”. Kami
bertanya : “Kepada siapa?”, Lalu Rasulullah berkata : “Kepada Allah, Kitab-Nya,
Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan kepada rakyat secara keseluruhan”
(Hadis Riwayat Muslim)
Bahkan kita mengaharapkan dengan segenap
pekerjaan dan tanggungjawab kita sehari-hari samada dalam persoalan agama,
keduniaan, kepentingan negara, kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan, pendidikan
dan lain-lain adalah untuk mendapatkan berkat dan rahmat daripada Allah taala.
Firman Allah taala :
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ
“Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri
itu beriman nescaya kami akan bukakan (anugerahkan) bagi mereka berkat-berkat
daripada langit dan bumi”. (Surah al-A'raaf : 96).
Kita takut sekiranya majlis dan sambuta
Tahun Baru tersebut dilakukan bukan kerana Allah bahkan kerana hawa nafsu dan
untuk berseronok dengan perkara dunia yang sia-sia maka Berkat dan Rahmat Allah
tidak akan turun kepada kita bahkan azab Allah itu mendahului kepada seluruh
negeri.
Firman Allah taala :
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ
ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ
شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Peliharalah diri kamu daripada dari
siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu,
ketahuilah bahawa Allah teramat keras siksaannya”. (Surah al-Anfal : 25)
KESIMPULAN
Semoga Tahun Baru yang akan disambut
malam nanti adalah sebagai satu muhasabah kepada amalan-amalan yang dilakukan
sebelum daripada ditahun-tahun yang terdahulu dagar kita mampu sentiasa
meningkkatkan potensi diri daripada buruk kepada yang baik, dan daripada yang
baik kepada yang lebih baik dan terbaik. Jadikan Tahun Baru ini momentum kepada
sebuah tindakan kerja dan aktiviti seharian agar mengikut kehendak dan landasan
Islam yang sepatutnya.Ikhlaskan niat, kenali diri, spesifikkan azam,
perbanyakkan amalan, anggarkan keberjayaan, ransang tindakan kearah kebaikan
dan positifkan keadaan kerana kita adalah hamba Allah yang Maha Esa.
Kerana sesungguhnya masa itu adalah amat
berharga kepada kita sehinggakan Allah taala sendiri yang menukulkan dalam
Firman-Nya :
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ
(وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣
“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan
berpesan-pesan kepada kebaikan serta
berpesan-pesan kepada kesabaran”. (Surah al-Asr : 1-3)
Wallahu Waliyyu al-Taufiq
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
Sumber: http://www.manhal.pmram.org/
ReplyDeleteName::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]