Home » » Kalam YDP : Pegawai Pukul Pelajar

Kalam YDP : Pegawai Pukul Pelajar



KRONOLOGI  PEGAWAI PUKUL PELAJAR PERAK MESIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti  perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.

Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.

Setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut. Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di pejabatnya.

Setelah perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali adalah apabila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.

Setelah itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat HEP tersebut. Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.

Dengan tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada Wisma Darul Ridzuan B.

Rentetan daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan maaf di atas kelakuan beliau.

Seluruh tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan beliau mempunyai kredibiliti serta moral sebagai seorang pegawai yang diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik semata-mata.

Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.

Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.

Mari sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

31 comments :

amer zakaria said...

Come on la tampar pun kecoh.. Xde cerita lain nak heboh?

[H]afiz Al-[F]aizy said...

mcm mana kalau saudara amer sendiri yang kena tampar?

atau, adik beradik saudara amer sendiri yang ditampar?

nk tulis komen mcm tu jgk ke?

GeloraHatiMuda said...

haha.. ini soal maruah manusia. Yang ditampar bukan bebudak sekolah. Ada kena mengena dengan demonstrasi tempoh hari gamaknya.

entah ler said...

Dia dah lama pendam kot. elok la tu.nampak jgk hasil didikan Kelab UMNO Jordan.

Biar dikutuk
Jangan mengutuk
Last-last kena ketuk

amer zakaria said...

zaman sekarang bila kena tampar pun jadi konflik... Mungkin ada sebab2 tertentu diatas kejadian ini...

saya minta maaf atas komen saya diatas.. lagi pun saya tidak berhak untuk memberi pandangan memandangkan saya tidak mendengar cerita dari dua belah pihak..

saya tidak menyebelahi mana2 pihak..mahupun pegawai tersebut atau pelajar itu sendiri..;) peace no war

Benci Zalim said...

orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak kadang-kadang orang yang dah senang, die x fikir orang lain, nantak la orang 2 pukulke, orang 2 kene pukul ke janji aku aman, janji xde orang kacau periuk nasi aku...

amer zakaria said...

Benci Zalim said...

orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak kadang-kadang orang yang dah senang, die x fikir orang lain, nantak la orang 2 pukulke, orang 2 kene pukul ke janji aku aman, janji xde orang kacau periuk nasi aku...

Dengan hanya artikel yang ditulis yang terang-terang berat sebelah, kita perlu dengar cerita sebenar daripada dua-dua pihak. Bukan hanya dengan membaca artikel ini, kita terus membuat konklusi. itu yang saya cuba maksudkan. Katakan benci kezaliman, tetapi perkara yang zalim atau tidak, tak dapat nak bezakan. Jangan sudah sampai dah terhantuk baru nak terngadah Peace no war :)

Benci Zalim said...

sudah pon dengar kedua-dua pihak, dan saya buat konklusi...pegawai yang bersalah, dia mengaku sendiri, x caya pergi tanya...

amer zakaria said...

Konklusinya pegawai yang bersalah?..tapi kenapa saya masih tidak mengerti,kenapa perkara seperti ini pun ingin dihebahkan ke seluruh dunia? cuba ulaskan?Pegawai tampar pelajar?

RedMasasa said...

Saya tak pernah dengar Encik Muhaimin buat apa apa kenyataan. hmm kesian dia, dari dulu dia kena pressure, dia pun manusia,tahu rasa nak marah.
Takkan mungkin dia akan tampar tanpa ada sebab!

Jangan benci kerana dia UMNO.

Suada Abdulwahab said...

dalam perkara ni bagi pihak saya, tindakan pegawai tersebut dengan menampar pelajar tu mmg tak wajar. jika permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan baik, mungkin takkan berlakunya situasi macam tu. dalam konteks ni, kalau kita tengok dari segi logiknya, seorang pegawai yang berjawatan sepatutnya bertindak profesional. bukan bersandarkan dari emosi semata-mata. buktinya, kalau kita dalam keadaan tenang dan stabil, adakah kita akan terdorong utk tampar orang lain? mestilah tak kan.

mungkin sesetengah orang berpendapat perkara ni kecil je. dan tak perlu diperbesar.. namun, sebenarnya kita tak sedar yang selama ni, perkara yang kecil- kecil macam ni lah yang bagi kesan dalam hidup kita. analoginya, macam dosa. dosa kecil yang bertimbun, lama-lama akan berkumpul jadi dosa besar. titik-titik hitam yang sedikit dekat hati, lama kelamaan akan merebak. penyakit yang tak dirawat akan membawa maut. tak gitu?

perilaku kita mencerminkan adakah kita 'islam' atau tidak..
tidak dinafikan kalau kita lihat, umat islam sekarang sering argue mengenai perkara-perkara yang remeh temeh dan sering menyalahkan pihak lain. dia ni umno, sbb tu mcm ni. dia tu pkr..dia pulak bn. sedangkan banyak lagi perkara yang lebih penting yg perlu difikirkan utk bangkitkan semula suasana islam dalam masyarakat kita. tak dinafikan juga, perkara-perkara kecil ni jugak ada yg perlu diambil cakna. semuanya bergantung pada kita sendiri. tepuk dada, tnya iman.

-sekadar pandangan dan suara hati dari pelajar pra-uni. maaf jika ada sebarang kesalahan pada statement saya diatas. masih banyak yg perlu saya pelajari-

amer zakaria said...

Apabila bila dikatakan pegawai tidak professional?tetapi tidak pernah pula dibahaskan apabila pelajar tidak professional. Perkara seperti ini boleh dibincang elok-elok sesama kita, tidak perlu untuk mehebahkan perkara seperti ini, kerana dengan menghebahkan perkara ini menunjukkan pelajar itu pun tidak professional.

Pegawai juga manusia, ada hati dan perasaan..

pait said...

just pandangan individu, pukul tu macam keterlaluan la. kenapa tak tulis tampar ja?

Ahmad Fauzi Zakaria said...

Ada saksi, buat polis report. dpatkan satu salinan, buat satu lagi report balik diMalaysia.Apa special nya pegawai yg digaji dengan wang rakyat?.Dapatkan peguam percuma yg percuma dari PR.

XOXO said...

tampar = mendatangkan kecederaan pisikal = laporan polis = KK 323 jiks disabitkan kesalahan blh dipenjara atau didenda = kes civil = saman malu = pampasan $50k keatas = bangkrap = segala jawatan pocik-elek

fahim said...

Orang yang tidak menyebelahi mana2 pihak ketika ada pihak dizalimi, secara tak langsung orang tu menyebelahi kezaliman yang menzalimi. Kerana fitrah manusia yang WARAS dan BERAKAL, akan menentang kezaliman supaya ia berhenti.

Masalah Amer Zakaria ialah beliau tidak mampu melihat kes ini dengan lebih jauh, ini bukan soal setakat tampar pun nak kecoh, tapi soal kenapa pegawai tu kunci surau tanpa sebab, dan marah2 serta tampar tanpa sebab yang mana menyalahi norma seorang yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal orang lain.

Dapat disimpulkan bahawa
1) pegawai yang mengunci surau tanpa sebab mungkin mendapat tekanan pihak atasan yang takut kegiatan di surau akan menggugat mereka,
2) Amer Zakaria ialah salah satu contoh manusia yang tidak layak dilantik memegang jawatan penting kerana beliau tidak mampu berfikir luar kotak, dan telah hilang pertimbangan sebagai seorang manusia yang waras dan beretika.

Albanna said...

...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen...Listen

Benci Zalim said...

ok...kalau ada yang tidak setuju...kita cabar En. Muhaimin buat satu kenyataan, cakap perkara yang sebenar, jangan lari...

sebelum ini pernah persatuan jemput tapi lari...ini ke sikap Pegawai HEP?...

kami tidak tahan dengan perangai dan sikap dia bukan sebab dia UMNO, kalau pegawai daripada Pakatan Rakyat pon bersikap yang sama maka kami akan buat perkara yang sama...

Zikri Kamaruddin said...

aku cadangkan pelajar Malaysia di Mesir sibukkan diri dengan menuntut ilmu. Balajar bahasa arab, ilmu akidah, quran dan sunnah. Disana ramai ulama2 yang boleh diambil manfaat. Apa yang berlaku, ramai yang sibuk berpolitik, berpersatuan hingga melalaikan tuntutan menuntut ilmu.

Aku yakin masalah ini berlaku kerana ada pelajar terlalu berlebihan dalam berorganisasi @ berpolitik.

Ada yang dah belajar di mesir 4 tahun, tapi balik tak pandai berbahasa arab lagi. Muhasabahlah.

jan2013 said...

Apa pun kesalahan pelajar tersebut, adalah menjadi kesalahan memukul atau menampar. Kat sekolah pun cikgu tak boleh pukul murid2 ...sama lah kalu kat universiti pun. Bawa berbincang lah

jan2013 said...

All work and no play makes Jack a very dull boy !!! kena ada extracurricular activity juga.. yg terlebih berorganisasi tu kurangkan sikit..focus pada pengajian terutama yg guna duit penaja tu. Awak di taja bukan utk jadi ahli politik...tapi utk belajar jadi doktor.kalau nak jadi politician belajar kat msia pun boleh ! Murah sikit belanja,tak gitu ?

Mahadewaratna_Sari said...

Cadangan paling celaka adalah menyuruh Mahasiswa di timur tengah berhenti mencampuri urusan selain daripada belajar. Kenapa di eropah nasihat sama tidak kedengaran? kenapa UKEC lebih bebas menyatakan pendapat berbanding PMRAM? Sebab UKEC = UMNO dan PMRAM = PAS? begitu? Tak tercapaikah akal pegawai2 ini bahwa kekangan berhubung terus dengan tentangan? semakin tinggi kekangan semakin tinggi tentangan.

Azh hbo said...

tampar itu amer zakaria dgn itu pegawai hep....jgn kecoh aaa

Cetusan Minda Anak Desa said...

tampar satu kesalahan.. nampak mcm kecik jer.. sebenarnya besar. ada kes buang kerja kerana penampar. harap maklum

Salman Al-Adly said...

KETIKA Nabi SAW di penghujung usia, baginda mmbuka bjunya utk diqisas olh seorang shbt yg mndkwa prnh ditolak perut nya dgn tongkat baginda. Kisah yg agak pnjg. Tetapi ia memaprkan sikp mulia rasulullah yg tidak mahu dipertanggungjawabkan diakhirat kelak atas kesalahan kpd mnusia lain.

Kalau sampai ke tahap tmpar, ia bukan perkara kecil. Yg kena tampar ada hak mohon qisas, bukan sekadar desak letak jwtn.

Kaki Bola said...

itulah..taksub sgt..xde kesedaran sivik diklangan pimpinan dari dulu sampai sekarang..meraselah akibat ble dh de pgawai

Faiz Mansor said...

korang ingat diorang mesyuarat dlm surau tue pikir pasal hal negara atau politik ker? dah tentu ada benda penting nak bincang.. ingat kat msia jer boleh berpersatuan? apa ingat pelajar timur tengah nie bdk low class xleh berpersatuan... badan2 kebajikan nielah yang banyak bantu urusan kedutaan dan kebajikan pelajar msia kat sana.. ingat pegawai2 tue boleh buat kerja ker klu xder persatuan2 kebajikan pelajar nie... angiin betul aku.. respectlah sket dgn exco2 persatuan yg menjaga kebajikan pelajar nie, diorang terpaksa buat dua kerja belajar + kerja amal.. xder siapa yang berebut nak buat kerja2 nie. - ex-officio-

Safuan said...

Benar manusia ada hati dan perasaan. Mereka juga perlu dihormati/respect. Pd saya pelajar telah menunjukkan rs hormat/respect kpd pegawai dgn brtemu dan memohon penjelasan tnpa ada sbrg perbuatan yg mncederakan org lain wlupun sbnrnya mereka marah juga ketika itu. Tp alangkah malang pgawai tbabit btindak sedemikian dan tidak respect pd pelajar yg dtg brjumpa beliau sndiri..

Edin said...

Yang penting tolak umno, nanti aman la dunia. InsyaAllah

Rumaizi Mohamed said...

Pemimpin tak dok iman..nafsu mengawal diri ..akhirnya kebodohan menguasai....buang je...bodo....

Didie D said...

Kenapa semua issue ni perlu dipolitikkan? Ini hal ehwal murid yg saudara ni cuba sampaikan. Kalau hal ini sudah pun menunjukkan ketidakpuashatian di kalangan sekelompok pelajar, kenapa kita yg tak ada di sana, yg tak kena tampar nak bagi tau, benda ini bukan issue besar? Even if kita dengar dua2 belah pihak,apa hak beliau utk menaikkan tangan atau menggunakan "assault" terhadap individu lain? A tooth for a tooth, an eye for an eye. Kalau org tu bercakap, kita pun bercakap la.tak proportianate dibalas dgn physical force walau pun hanya satu tamparan.mana etika? Or bukan hanya etika, di mana human liberty? Even to a muslim or non muslim pun kita ada obligation utk jaga hak mereka, apetah lagi hak sesama muslim.

Kalau kita diamkan shja tindakan melempang ni atas alasan perkara kecil, student pun kena professional, lepas ni semua pegawai yg diberi amanah, dgn menggunakan alasan sabagai superior, seolah2 mcm menghalalkan atau membenarkan mereka bertindak dgn emosi tanpa menghiraukan apa yg betuk apa yg tidak. Mungkin jika pegawai ini rasa dia tidak bertindak kterlaluan, dia boleh buat perjelaskan alasan beliau bertindak demikian.apa just cause nya utk pukul pelajar ni. Teringin nak tau jugak apa sebabnya beliau tak bagi guna surau tu.

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger