Thursday, January 3, 2013

Rujukan Ketika Kecemasan


Apa yang perlu anda lakukan ketika mengalami sebarang kecederaan/penyakit serius/kecemasan?

1) Segera laporkan kepada musyrif/musyrifah rumah anda atau sahabat terdekat.

2) Dapatkan ubat dari first aid yang telah disediakan untuk setiap rumah.

3) Sekiranya penyakit yang dialami serius, dinasihatkan agar terus mendapatkan nasihat daripada doktor di hospital atau klinik dahulu dan bukan secara terus dari farmasi.

4) Jangan malu untuk menceritakan penyakit yang anda alami kepada sahabat anda untuk memudahkan proses rawatan.

5) Dapatkan musyrif (bagi akhawat) untuk mengiringi anda ke klinik/hospital berdekatan (sekiranya pada waktu malam).

6) Bawa bersama anda teman yang boleh berbahasa Arab atau Inggeris dengan baik bagi mendapatkan maklumat secara tepat daripada doktor.



*Ketika anda berada di hospital, dapatkan maklumat dengan jelas mengenai penyakit yang anda alami, ubat yang perlu diambil dan nasihat daripada doktor.        

Disediakan oleh:
Biro Tabung Kebajikan, Kesenian Dan Riadah

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 
sesi 2012/2013

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM