KAHERAH, 30
Jan – Satu majlis ramah mesra telah diadakan bersama wakil kerajaan Negeri
Perak di Kaherah semalam.
Namun, perkara yang amat dikesali adalah saudara Muhammad
Hanif bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM tidak menerima sebarang maklumat
rasmi daripada Pegawai HEP berkenaan kedatangan delegasi Negeri Perak ke Mesir.
Delegasi tersebut difahamkan bertolak dari tanah air
singgah ke Jordan dan mengadakan majlis ramah mesra bersama anak-anak Perak di
Jordan. Majlis tersebut juga diuruskan oleh persatuan anak Perak sendiri iaitu
Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ).
Mengikut maklumat tidak rasmi yang diterima oleh Yang
Dipertua, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Intercontinental
bersebelahan City Star Mall. Sebagai tanda hormat daripada persatuan
yang diiktiraf oleh Menteri Besar Negeri Perak, Yang Dipertua telah pergi
sendiri ke lokasi tersebut.
Sesi bergambar delegasi negeri Perak bersama anak Perak Jordan
Dan perkara yang amat menyedihkan lagi adalah, setibanya
Yang Dipertua bersama anak Perak yang lain di sana, diketahui bahawa majlis
tersebut sebenarnya berlangsung di Hotel El-Saraya yang agak jauh dari lokasi
asal.
Rungutan daripada beberapa orang anak Perak yang mana
pendaftaran mereka ditolak selama tempoh pendaftaran dibuka untuk menyertai
majlis tersebut.
“Kami sebelum ni telah cuba berdaftar, tapi ditolak mentah-mentah oleh penganjur.” rungut salah seorang anak Perak yang rasa dianaktirikan.
“Kami sebelum ni telah cuba berdaftar, tapi ditolak mentah-mentah oleh penganjur.” rungut salah seorang anak Perak yang rasa dianaktirikan.
Saudara Muhammad Hanif juga merasa kesal dengan kejadian
seperti ini. Tambahan pula, kehadiran delegasi kerajaan Negeri Perak ini
seolah-olah disembunyikan daripada diketahui oleh pihaknya.
Mengharapkan pihak delegasi dapat mendengar sendiri suara
dan masalah anak Perak di Mesir, namun harapan tersebut sama sekali meleset. Lebih-lebih
lagi dengan isu pegawai HEP tampar pelajar yang masih belum menemui jalan
penyelesaian.
No comments:
Post a Comment