Tazkirah subuh.menegakkan yang hak sekalipun pahit.
KAHERAH, 22 Ogos - Ehya’ Ramadhan sekali lagi menganjurkan Majlis Sahur Jama’ie dan diisikan Qiamullail Perdana dan Tazkirah Subuh Jemputan daripada wakil MAPIM.
Pertemuan ini adalah berikutan hasrat beberapa ahli rombongan untuk bertemu dengan penuntut di sini dan pihak penganjur mengambil peluang dengan mengadakan sesi Ramah Mesra dan Tazkirah Subuh.
Al-Fadhil Ustaz Mohd Azli bin Musa antara rombongan MAPIM ke Gaza baru-baru ini telah menjadi pentazkirah jemputan kali ini.
Dalam ucapan beliau pagi tadi, al-Fadhil Ustaz Mohd Azli menceritakan detik-detik cemas yang berlaku di Gaza.
“Terdengar beberapa dentuman ketika kami di sana. Saat ini mencemaskan perasaan kami ketika itu. Tetapi tidak bagi rakyat Palestin yang sudah menjadi kebiasaan melihat kematian di sana-sini, keruntuhan bangunan dan kerosakan rumah-rumah mereka”. Perkongsian pengalaman beliau ketika berada di Gaza baru-baru ini.
Beliau menasihati pada hadirin yang hadir, agar berani mempertahankan yang hak seperti rakyat Palestin. “Yakinlah dengan janji Allah yang akan membantu hambaNya yang sentiasa berada di jalan dakwah”. Tambah beliau lagi.
Beliau sanggup meninggalkan pekerjaan tetap demi merialisasikan impiannya di jalan dakwah. Meninggalkan keluarga berbulan-bulan demi kerja-kerja Islam.
Inilah contoh teladan yang perlu kita ikuti, semangat dan keyakinannya pada Allah tidak pernah pudar.
“Janganlah kita takut untuk berjuang walaupun berada di dalam keadaan berat sekalipun” ucap beliau sebelum mengakhiri majlis pagi ini.
No comments:
Post a Comment