KAHERAH, 14 Ogos – Program Ehya’ Ramadhan diteruskan dengan satu majlis Iftor Jama’ie telah berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi.
Majlis yang dihadiri kira-kira hampir 50 orang itu, kebanyakkannya adalah daripada mahasiswa sekitar Kaherah.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh dua orang Badan Pengurus PMRAM iaitu BP angkat Perak, saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman, Ketua Badan Ekonomi dan ditemani oleh saudara Nur Ahmad Wafiy bin Nor Azri, Ketua Badan Sambutan & Rehlah.
Sejurus selesai menunaikan Solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah ringkas oleh BP angkat, Mohd Hafizzul Azri bin Azman.
Antara yang disampaikan adalah, “Memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini apatah lagi setelah melangkah ke fasa kedua iaitu fasa keampunan”.
Selesai tazkirah tersebut, jamuan makan menjadi agenda terakhir sebelum menutup majlis Iftor Jama’ie malam tersebut.
No comments:
Post a Comment