Monday, August 1, 2011

Ehya Ramadhan Memenuhi 1 Ramadhan 1432H

KAHERAH, 1 Ogos – Ramadhan yang dinanti-nantikan telah kembali pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, di bawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM telah menyusun program-program bersempena di bulan Ramadhan.

Malam pertama Ramadhan telah dibuka dengan Tazkirah Jemputan yang disampaikan oleh saudara Mohd Fauzan bin Madzlan. Beliau adalah merupakan Bendahari Ikatan Lepasan Mahasiswa Islam Mesir (ILMAM).

“Saya mengharapkan semua mahasiswa-mahasiswa yang bakal pulang ke tanah air, siap sedia dengan ilmu yang mencukupi untuk mengubah masyarakat”. Harap beliau kepada hadirin hadirat.

Sejurus itu, program diteruskan Solat Tarawih secara berjemaah yang diimamkan saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir.

Di sebelah pagi pula, tadarrus al-Quran menjadi pengisi ruang pagi yang penuh barakah.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM