Tuesday, August 23, 2011

PEMANDU : Pengurusan Jenazah Teori dan Praktikal

KAHERAH,21 Ogos - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) di bawah unit Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan kursus pengurusan jenazah bagi ikhwah dan akhawat.

Program ini diadakan di Wisma A untuk ikhwah dan Wisma B untuk akhawat.

Saudara Syed Aisam bin Syed Idris sebagai pembentang bagi ikhwah telah menunjukkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengurusan jenazah.

Beliau mengingatkan kepada seluruh peserta yang hadir agar memberanikan diri mengenai hal-hal berkaitan pengurusan jenazah selepas tamat program ini.

“Walaupun kita hebat dalam bidang ilmu agama yang lain, belum tentu lagi kita mampu untuk menyelesaikan hal berkaitan pengurusan jenazah”. Ujar beliau lagi dengan panjang lebar.

Beliau memuji pihak persatuan kerana menganjurkan program seperti ini. Ini kerana ianya bukan sahaja boleh melahirkan generasi baru yang berkebolehan dalam pengurusan jenazah, malahan ianya dapat juga dipraktikkan sebagai seorang penuntut ilmu.

Di peringkat akhawat pula, pembentangan disampaikan oleh saudari Norazura binti Abd Rahim, Kuliah Syariah Islamiah, tahun tiga, Kaherah.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli KPIPM yang telah menyerikan lagi program PEMANDU pada kali ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM