Home » » Ehya' Ramadhan : Sedekah Pahala bacaan Al-Quran

Ehya' Ramadhan : Sedekah Pahala bacaan Al-Quran


Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan meneruskan progam Ehya’ Ramadhan dengan menganjurkan aktiviti menyedekahkan pahala bacaan Al-Quran 30 juzu’ kepada muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah.

Semua ahli KPIPM yang ingin melakukan amal jariah kepada waris atau individu yang berkenaan bolehlah berbuat demikian dengan mendaftarkan nama pada borang yang telah disediakan. Program ini bertujuan menggalakkan dan membantu ahli KPIPM menginfaqkan pahala

bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada saudara mara, sahabat handai dan mereka yang tersayang terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah.

Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini diterima disisi Allah S.W.T dan mendapat keredhaanNya. Bagi setiap borang dikenakan bayaran sebanyak LE 5.00.

Sebarang sumbangan lain @ derma ikhlas daripada ahli amat dialu-alukan.

Penyerahan nama @ sumbangan boleh hubungi :

Us. Fareez Izhar b. Zainuddin
011-5455858

Us. Mohd Ainuddin b. Ishak
014-6626390

Ust.Nuraimi Jalwati bt. Mohd Rani
011-6389191

**Tarikh tutup penyertaan pada 18-08-2011(Khamis)


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger