KAHERAH, 8 Ogos – Iftor Mahabbah AJKT hari ini singgah di rumah “Bait Bujang”, Hayyu ‘Asyir.
AJKT KPIPM berkesempatan beramah mesra bersama ahli bait sebelum tiba waktu berbuka puasa bersama-sama.
Saudara Hanif bin Musa yang juga merupakan Anggota Penasihat KPIPM sesi ini telah menerima kehadiran AJKT dengan penuh mesra
Sehubungan dengan itu, Iftor Mahabbah ini juga bagi meraikan saudara Syamsul Arif bin Mad Daud. Beliau yang merupakan pengerusi Anggota Badan Penasihat KPIPM itu diberitakan akan pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini.
KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.
Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment