Home » » Iftor Mahabbah Kini Kembali

Iftor Mahabbah Kini Kembali

KAHERAH, 7 Ogos – Iftor Mahabbah AJKT dan AJK HEWI KPIPM tahun ini kembali. Rumah pertama yang menjadi tumpuan iaitu rumah mutazawwijin, saudara Mohd Khairul Naim bin Sameri serta ahli keluarga.

Iftor Mahabbah dimulakan berbuka puasa bersama dan disusuli dengan sesi ramah mesra bersama tuan rumah.

Di dalam ramah mesra tersebut, permasalahan yang dialami oleh tuan rumah juga turut diambil berat oleh KPIPM demi memastikan keselesaan ahli terutama ahli mutazawijin.

Sejurus selepas itu, solat Maghrib berjemaah menjadi pengisi rohani selepas selesai beramah mesra.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.

Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger