KAHERAH, 12 Ogos – Iftor Mahabbah kali singgah di rumah mutazawwijin, saudara Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil dan pasangan, saudari Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan.
Rumah terletak di Hayyu ‘Asyir itu menjadi meriah dengan kehadiran AJKT dan AJK HEWI sebelum majlis berbuka puasa.
Wakil KPIPM sempat beramah mesra bersama ahli keluarga sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.
Sejurus selesai berbuka puasa, beberapa maklumat terbaru turut disampaikan berkaitan dengan program-program KPIPM yang terdekat.
KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak tuan rumah menerima kunjungan AJKT bersempena Iftor Mahabbah di bulan Ramadhan ini.
Semoga segala amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan menjadi bukti untuk kita mendapat rahmat Tuhan yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment